CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3898|Reply: 29

Dayangku Intan Dikecam Lancar Tabung Lawan Anwar Ibrahim "Baik Lancar Tabung Palestin"

[Copy link]
Post time 18-10-2023 03:19 PM | Show all posts |Read mode
Dayangku Intan menjadi bualan hangat selepas beberapa video miliknya tular di TikTok, baru-baru ini.


Penyanyi popular era 80-an yang berusia 58 tahun itu memuat naik video dirinya lantang bersuara mengenai pimpinan Perdana Menteri menerusi Kerajaan Perpaduan.


Foto: NST




Menurut Dayangku Intan, dia mendakwa kerajaan yang ada kini tidak kompeten dalam menjalankan tugas


“Kalau nak lawan Anwar Ibrahim dan sekutunya, kita kena serius buat kerja.


“Saya tahu kita semua risau kerana sekarang kita mempunyai Perdana Menteri dan kerajaan paling mudarat dalam sejarah, dan mereka sudah berkuasa hampir satu tahun,” dakwa Dayangku Intan.





Dayangku Intan turut memaklumkan dia dan rakan-rakan telah membuka tabung bagi protes menentang Perdana Menteri.


“Saya dan rakan-rakan telah memulakan gerakan demi negara, untuk memastikan negara berada di landasan yang betul.


“Di PRU 16, bakal ada perubahan dan kami dengan rendah hati menjemput anda semua membantu misi gerakan demi negara.




  



“Kami telah melancarkan tabung Lawan Anwar,” maklumnya.


Namun, menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen tampil memberikan pelbagai reaksi terhadap dakwaan Dayangku Intan itu.


Malah, ramai yang mengkritik kenyataan penyanyi itu dengan mengatakan adakah lebih bagus jika membuka tabung kemanusiaan untuk bantuan kepada rakyat Palestin.




  



Terdahulu, Dayangku Intan mengaku serik berpolitik disebabkan pengalaman kurang enak dilaluinya apabila bertanding pada PRU13.


Untuk info, Dayangku Intan kembali aktif dalam dunia politik selepas menjadi calon PKR kerusi Parlimen Pengerang, Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), kira-kira sembilan tahun lalu.


Difahamkan, kini Dayangku Intan telah menyertai Parti Perikatan Nasional sejak tahun 2023. -CARI


Sumber: XTRA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2023 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Entahlah...macam tak berkaliber je aku tengok. Takde aura politik..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 03:38 PM | Show all posts
artis lama2 expired mcm ni mmg xde keje eyh
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Tabung Milo?
Macam dah lama jadi ahli rupanye baru tahun ni 2023.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Bang non mmg sendu tp yg nk gantikan dia pun 2×5 sendu. Kena ada alternatif yg lebih hebat di pihak pembangkang
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Aik dia bkn PKR ke? Sudah tukaaar kaaa

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2023 03:53 PM | Show all posts
tekejut tengok gambo first tu ingat dia serkup kepala dgn guni
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
pakai duit sendiri. sikit2 nak minta duit orang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2023 03:55 PM | Show all posts
Suchi replied at 18-10-2023 03:51 PM
Aik dia bkn PKR ke? Sudah tukaaar kaaa

Kan...bukan masa nak pru dulu bukan main lantang dia bersuara supporing pkr  
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 04:13 PM | Show all posts

Dulu kuat PKR.  Apa dah jadi skang?
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Makcik ni yg rmh dlm hutan batang kali tu kan
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 04:23 PM | Show all posts
helicornia replied at 18-10-2023 03:53 PM
tekejut tengok gambo first tu ingat dia serkup kepala dgn guni

inspired la tuuu


Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 04:25 PM | Show all posts
sebaya tok ecah


Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 04:27 PM | Show all posts
katnissE replied at 18-10-2023 04:13 PM
Dulu kuat PKR.  Apa dah jadi skang?

taik politik memang macam tu..
kubang mana yang lebih taik, dalam tu la dia terjun..

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Ait lawan tok guru ke?

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Retis sendu lahanat ni nk buat apa sbnrnya. Jaga laki sndiri sudah le. Semak la aku tgk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2023 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Berapa agaknya dia dibayar monthly ye? Kalau la aku umur mcm dia ni nanti aku prefer dok umah layan pokok bunga, makan, tido, tengok tv. Dah tua makin tak sedo diri bukan prinsip hidup aku gitewww
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 07:29 PM | Show all posts
Dulu bukan ke, siap jadi calon PRU under PKR pompuan ni? Suda tukar ka? Sekarang dia Pas ke? atau Bersatu?
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
zuriey replied at 18-10-2023 04:18 PM
Makcik ni yg rmh dlm hutan batang kali tu kan

Xpasti rumah kat mana, tp suka tgk rumah dia tu mcm back to nature gitu. Rajin bercucuk tanam n nampak kuat lagi lah , rajin ber aktiviti keluar peluh.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni kes nak byr tiktokers la ni. Kalau nak berduit jgn berjuang.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:23 PM GMT+8 , Processed in 0.164843 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list