PETALING JAYA – Seorang pegawai penguat kuasa mendedahkan beberapa tanda sekiranya pasangan terjerumus dengan najis dadah. Di TikTok, pegawai berkenaan yang dikenali sebagai Din Helmy berkata, karakter seorang penagih dadah biasanya boleh dilihat menerusi perbuatan.
Jika sebelum ini pasangan tersebut kurang rajin, tetapi tiba-tiba menjadi rajin, bermulut manis (sweet) dan jarang tidur malam itu antara tanda mereka mengambil dadah. “Selain itu, tanda lain dapat dilihat pada bibir iaitu kering, lidahnya juga putih, manakala matanya pula berkaca. Ini berkemungkinan mereka menghisap dadah. “Ada juga yang tidak tidur malam, berjaga buat kerja rumah malam-malam, tengok handphone (telefon bimbit) 24 jam, tapi berbeza-beza juga karakter mereka,” katanya menerusi satu klip video di TikTok. Justeru, Din Helmy mengingatkan pasangan suami isteri sekiranya orang terdekat mereka berubah daripada karektor biasa berkemungkinan mereka itu seorang penagih dadah.
“Dari sudut keluarga, kalau kita dah hidup dengan dia karakter dia, tiba-tiba suatu hari perbuatan dia berbeza. Mungkin dia ambil dadah,”ujarnya. Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna turut berkongsi kisah sama tentang individu yang mengambil dadah. “Ye betul apa tuan cakap ni, saya dah kaji lama kelakuan suami saya, dari bau air kencing boleh tahu,” kongsi @As Teletubbies Twin. Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @MISSLIENA. “Saya tengah berhadapan dengan orang macam tu sekarang ini. Sakit tuhan je yang tahu mintak cerai tapi dia tak nak lepaskan,” luahnya. -CARI Sumber: Kosmo
|
Jika sebelum ini pasangan tersebut kurang rajin, tetapi tiba-tiba menjadi rajin, bermulut manis (sweet) dan jarang tidur malam itu antara tanda mereka mengambil dadah.
Skuau replied at 18-10-2023 03:50 PM
kalu isap dadah boleh bg/buat rajin...awat dihalang???
Skuau replied at 18-10-2023 03:50 PM
kalu isap dadah boleh bg/buat rajin...awat dihalang???
antikorok replied at 28-10-2023 01:54 PM
"Orang orang mude sekarang banyak suka hisap dade"
uncle Samy Vellu
juboqhang replied at 29-10-2023 10:41 PM
hang cuba la... lepas setahun tengok perangai hang..body macam mana.
stingertaikjubo replied at 28-10-2023 12:49 PM
Ye kewwww… mulut kacip tak masuk list kew?
Skuau replied at 18-10-2023 03:50 PM
kalu isap dadah boleh bg/buat rajin...awat dihalang???
ADVERTISEMENT