All Stars Gegar Vaganza (ASGV) siaran Astro Ria menjadi pilihan rakyat Malaysia dan terbukti apabila ditonton seramai 6.11 juta. Jumlah itu berdasarkan kepada ukuran dibuat Kantar DTAM.
Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro iaitu Raqim Ahmad berkata, program berkenaan juga kekal menjadi bualan hangat peminat atau disebut trending apabila tanda pagar atau hashtag #GegarVaganza mengungguli aplikasi X setiap minggu. Bagi siaran langsung minggu keempat iaitu yang berlangsung pada Ahad, ASGV bertemakan duet berjaya menunjukkan respons yang sangat menggalakkan dalam kalangan penonton. "Kami melihat peningkatan dari segi tontonan ASGV pada setiap minggu. "Terutama pada minggu duet, sambutan yang diterima dalam kalangan peminat dan juga penonton sangat menggalakan. Selain itu, maklum balas di media sosial juga positif, menjadikan ASGV trending setiap kali bersiaran," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.
Tambahnya, kemunculan penyanyi hebat tanah air pada malam berkenaan juga dilihat antara faktor program ini terus diminati ramai. Selain itu, pihak Astro turut menerima banyak komen positif setiap kali ASGV bersiaran sejak 24 September lalu. Menghargai setiap sokongan, Raqim turut menyampaikan ucapan terima kasih atas sokongan penonton terhadap rancangan yang telah bersiaran selama 10 musim itu. "Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penonton kerana menjadikan ASGV sebagai rancangan pilihan nombor satu rakyat Malaysia," ujarnya. ASGV menampilkan 16 peserta di mana 10 daripadanya adalah juara Gegar Vaganza musim pertama hingga kesembilan. Sementara itu enam peserta hot seat pula dipilih berdasarkan undian peminat. Rancangan tersebut dijayakan dengan gandingan pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse yang bersiaran pukul 9 malam setiap Ahad. -CARI Sumber: mStar
|
stingergrumpy replied at 18-10-2023 06:48 PM
It would have been 10million kalo KLPP still in...respond hard-core fans KLPP....
Kahkahkahkahkahka ...
tikusmontok replied at 19-10-2023 03:45 AM
Kahkahkah ...uols up 4 million lagi acik2 kepam kaki mengelintat
Btw ada tok mal, tok sir nga ...
ADVERTISEMENT