CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2384|Reply: 3

6.11 Juta Tonton All Stars Gegar Vaganza, Trending Setiap Minggu

[Copy link]
Post time 18-10-2023 01:08 PM | Show all posts |Read mode
All Stars Gegar Vaganza (ASGV) siaran Astro Ria menjadi pilihan rakyat Malaysia dan terbukti apabila ditonton seramai 6.11 juta.


Jumlah itu berdasarkan kepada ukuran dibuat Kantar DTAM.


Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro iaitu Raqim Ahmad berkata, program berkenaan juga kekal menjadi bualan hangat peminat atau disebut trending apabila tanda pagar atau hashtag #GegarVaganza mengungguli aplikasi X setiap minggu.




Foto: mStar




Bagi siaran langsung minggu keempat iaitu yang berlangsung pada Ahad, ASGV bertemakan duet berjaya menunjukkan respons yang sangat menggalakkan dalam kalangan penonton.


"Kami melihat peningkatan dari segi tontonan ASGV pada setiap minggu.


"Terutama pada minggu duet, sambutan yang diterima dalam kalangan peminat dan juga penonton sangat menggalakan. Selain itu, maklum balas di media sosial juga positif, menjadikan ASGV trending setiap kali bersiaran," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.


Tambahnya, kemunculan penyanyi hebat tanah air pada malam berkenaan juga dilihat antara faktor program ini terus diminati ramai.


Selain itu, pihak Astro turut menerima banyak komen positif setiap kali ASGV bersiaran sejak 24 September lalu.


Menghargai setiap sokongan, Raqim turut menyampaikan ucapan terima kasih atas sokongan penonton terhadap rancangan yang telah bersiaran selama 10 musim itu.


"Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penonton kerana menjadikan ASGV sebagai rancangan pilihan nombor satu rakyat Malaysia," ujarnya.


ASGV menampilkan 16 peserta di mana 10 daripadanya adalah juara Gegar Vaganza musim pertama hingga kesembilan.


Sementara itu enam peserta hot seat pula dipilih berdasarkan undian peminat.


Rancangan tersebut dijayakan dengan gandingan pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse yang bersiaran pukul 9 malam setiap Ahad. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2023 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
It would have been 10million kalo KLPP still in...respond hard-core fans KLPP....

Kahkahkahkahkahkahkah

Sure why not?
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2023 03:45 AM From the mobile phone | Show all posts
stingergrumpy replied at 18-10-2023 06:48 PM
It would have been 10million kalo KLPP still in...respond hard-core fans KLPP....

Kahkahkahkahkahka ...

Kahkahkah ...uols up 4 million lagi acik2 kepam kaki mengelintat
Btw ada tok mal, tok sir ngan jeja jen, gila tak tengok... famliduotigo who?
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2023 06:48 AM From the mobile phone | Show all posts
tikusmontok replied at 19-10-2023 03:45 AM
Kahkahkah ...uols up 4 million lagi acik2 kepam kaki mengelintat
Btw ada tok mal, tok sir nga ...

Kheunz? Somehow aku yakin before end of this ASGV, she will somewhat make a reappearance dgn uker tak tahu malunyer....since astenox pun dah sebut akan mengalu alukheun utk dia kembali semula...

Jenis spesis yg sanggup jilat ludah sendiri....si KLPP...IM SURE....

ASTENOX baik baik ambik ko .....ko yg bermasalah tak dapat seswaikheun diri...seolah diri iteww dah besar sangat kepala...terus nak undur diri....aku kalo astenox...blacklist dia teeus utk the next 2-3 yrs....

Ajar makhluk macam dia ni...cara begini je..



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Alice Chang Dakwa Sedang Hamil Anak Datuk Seri Berstatus Suami Orang?
YgBenarAlice Chang Dakwa Sedang Hamil Anak Datu
Views : 28451 Replies : 21
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 98915 Replies : 3912
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 72743 Replies : 784
Jumpa Doktor Setakat Nak Bagi Tarikh?” –Wanita kiciwa Adik Hidap Kanser Tahap 4 ‘Disidai’ Berjam-Jam Di Hospital Sultanah Nur Zahirah
YgBenarJumpa Doktor Setakat Nak Bagi Tarikh?”
Views : 33735 Replies : 63
Pelakon suara Doremon telah tiada
maklukpenggodaPelakon suara Doremon telah tiada
Views : 32806 Replies : 38
Maroon 5 in Kuala Lumpur
maklukpenggodaMaroon 5 in Kuala Lumpur
Views : 48500 Replies : 126
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 17398 Replies : 236
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 42460 Replies : 257
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 110996 Replies : 7259
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 75021 Replies : 706

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 07:36 PM GMT+8 , Processed in 0.054105 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list