United Kingdom: Beberapa kawasan di United Kingdom kecoh dengan serangan kutu babi atau pepijat. Ia dipercayai merebak dari Paris yang mana wabak serangga itu berlaku tidak hanya di rumah tetapi juga sekolah, hospital dan pawagam manakala di London, pepijat tersebut berada di kereta dan pejabat.
Menerusi laporan The Mirror, berdasarkan data yang dikeluarkan Rentokil bulan lepas, terdapat peningkatan dalam 65 peratus dari 2022 hingga 2023. Majlis Luton di Bedfordshire berkata ia sedang menjalankan beberapa pekerjaan untuk menghilangkan pepijat tersebut. Pemilik Kawalan Perosak Pied Piper, Tony King berkata, pihaknya dibanjiri dengan panggilan telefon mengenai pepijat dan mereka mengakui sukar untuk menangani masalah berkenaan. Sementara itu, David Cain iaitu pengasas BedBugs Limited yang berpangkalan di London turut mengakui perkara sama.
"Masalah itu di luar kawalan, kami menerima 15 hingga 20 kes seminggu berbanding empat kes seminggu pada 2007," katanya. Sumber: mStar
|
Kitty_catz replied at 18-10-2023 08:57 AM
sabtu baru ni the whole circle and district line katup.. mmg tfl ada announce depa buat maintenance ...
B40tastePosh replied at 18-10-2023 09:35 AM
Uols di London ke?
Kitty_catz replied at 18-10-2023 09:52 AM
hawat..nak mai ka? bawak karipap naaa
B40tastePosh replied at 18-10-2023 10:06 AM
Karipap Kingkong pun ada.
ADVERTISEMENT