BANGKOK – Seorang wanita nyaris diserang histeria selepas menemui seekor reptilia berkaki empat dalam hidangan salad ikan salmon yang dipesannya di sebuah restoran. Thaiger melaporkan, wanita itu membeli salad salmon dihidangkan bersama sos ikan yang ditapai secara berasingan.
Selepas menuang sos, dia menemui seekor haiwan dan menyangka ia ikan yang ditapai. Bagaimanapun, sangkaannya meleset kerana haiwan itu memiliki empat kaki. “Ini kisah benar, orang tidak akan meletakkan salamander dengan sengaja ke dalam salad ikan salmon. “Pada awalnya saya menyangka ia ikan yang ditapai, tetapi selepas melihatnya, ia mempunyai empat kaki,” kata wanita itu. Wanita itu kemudian melaporkannya kepada pihak restoran dan wangnya dikembalikan. “Ia sangat menghantui. Saya tidak marah tetapi terkejut. Saya beritahu pihak restoran supaya lebih berhati-hati pada masa hadapan. Ia membuatkan bulu roma saya meremang,” tambahnya. – CARI
Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT