CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berjaya Godam Kad Kredit Rakyat Israel, Sakan Orang Malaysia Shopping

17-10-2023 05:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8022| Komen: 69

Tentera bawang atau bawang rangers Malaysia tidak henti-henti menyatakan kecaman dan kritikan terhadap Israel.

Baru-baru ini seorang pengguna laman X mendakwa berjaya menggodam akaun perbankan seorang rakyat Israel.


Maklumat berkenaan kemudian dikongsikan secara terbuka di laman berkenaan.

Gambar Hiasan

"Nah, pergi shopping... holla Tel Aviv," ciapnya ringkas.

Mengiringi ciapan di akaun Dragon Force IO itu ialah tangkap layar kod data yang dipercayai milik rakyat Israel.

Katanya terdapat individu yang berjaya membuat transaksi menggunakan data berkenaan.



"Min (admin) nampak ada yang berjaya dan ada dah tak dapat. Kalau decline tu mungkin dah limit. Dekat Telegram tadi laju betul manusia view," tambahnya lagi.

Di ruangan komen, beberapa warga maya mempersoalkan tentang kod kebenaran transaksi (TAC) sekiranya diperlukan.

Namun ada yang menyatakan keselamatan perbankan negara berkenaan tidak kukuh seperti di Malaysia.

Susulan itu, kebanyakan warga maya cuba untuk membeli model baharu telefon pintar jenama iPhone.

Pun begitu kebanyakan yang membuat pembelian peranti itu tidak berjaya.

Penggunaan untuk pembelian barangan lain yang lebih murah pula dipercayai berjaya.

"Okay successful beli kerusi gaming... kat sini tak boleh. Ni saya guna Paypal akaun beli kat Amazon. Kali kedua dah tak boleh, mungkin lebih limit.

"Alhamdulillah admin, dapat juga merasa iPhone 15 pro max. Terima kasih.

"Terima kasih bos, dapat juga checkout PS5 EAFC," ujar beberapa warga maya.

Pun begitu, salah seorang netizen menyatakan dia sudah mencuba kesemua akaun perbankan yang dikongsikan itu namun ia telah disekat.

Tidak kurang juga yang mempersoalkan soal hukum agama bagi mereka yang menggunakan wang daripada akaun yang digodam selain bimbang data peribadi mereka yang menggunakan akaun tersebut didedahkan suatu hari nanti.

"Soalan serius, semudah ni dapatkan data Israel? What if mereka balas dendam ambil data kita?

"Keselamatan mereka lemah. Masukkan details kad, terus beli. Kalau kat Malaysia kena TAC untuk verifikasi.

"Kalau balas, kecil-kecil saja... mereka punya penggodam bukan kuat sangat pun, Malaysia dalam carta 5," ujar beberapa netizen lagi. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hungryhenry 17-10-2023 05:29 PM
Ada yg kata pakai vpn, ada yg berjaya. Ada yg tak berjaya
Quote Buritan 17-10-2023 05:30 PM
Mana mana le hangpaa.. yahudi ni semua jahak kee.. rasa mcm tak jugakkan.. tak nak laa tipu org woun dia yahudi.. mana tau yahudi yg hangpa tipu anak org semikin ke
Quote snowflakes 17-10-2023 05:34 PM
Kenapa nak buat jahat macam yahudi jugak? Bukan halal pun curi duit orang

Tapi macam tipu je
Quote batmana 17-10-2023 05:46 PM
Keje haram la..yg Kene beza tu Yahudi dgn zionis..org Islam tk musuhi Yahudi . Yahudi bersaudara dgn org Islam sejak sblum 1948.. siap ramai anta anak2 ke uma bibik yg Yahudi daa..zionis tu yg patut dimusuhi

Klu curi details kad cmni pun jatuh haram dah..sekalipun org tu pembunuh..ko tkde hal guna duit dia..dulu belajar sekolah agama skip kelas ke apa?
Quote _kelly 17-10-2023 05:51 PM
apa benda la nak bangga benda gini
Quote Binodino 17-10-2023 05:56 PM
Matlamat tak menghalalkan cara. Dah dikira mencuri la tu. Tetap hukumnya haram walaupun mencuri dari orang kafir yang zalim.

Bukan ke lebih baik hack sistem iron dome tu? Kalau dapat hack yang tu baru la boleh gebang. Ini....
Quote iolss 17-10-2023 06:01 PM
amende buat mende merapu2.. bangga sgt ke dpt godam bende bukan2. sedihh
apa beza prangai hang dgn zionis? sm je jns menjahanamkan reta org.
Quote Orenn1 17-10-2023 06:04 PM
Teruk perangai
Quote lanacondor 17-10-2023 06:06 PM
Binodino replied at 17-10-2023 05:56 PM
Matlamat tak menghalalkan cara. Dah dikira mencuri la tu. Tetap hukumnya haram walaupun mencuri dari ...

Betul. Hack yg penting bkn curi duit org.. mcm dh slh sgt
Quote polinkuer 17-10-2023 06:21 PM
Jangan mencuri apa-apa daripada orang lain.Quick Draw
Quote ChildrenOfBodom 17-10-2023 06:45 PM
Mcm syok sendiri jaa.sendiri claim top 5.. dh jadi bangang mcm ummah yinduren dgn pinoy..
Quote surfin_net82 17-10-2023 07:38 PM
Malunye nnti di padang mahsyar kena merangkak mencari mamat Israel ni nak mintak ampun sbb beli ipon n ps5

Quote kitmal 17-10-2023 07:50 PM
sepatutnya kepala hotak yang cerdik tu digunakan untuk membantu manusia lain ..bukannya bangga sampai (kalau betul) akan mengakibatkan negara kena kecam..rasanya ni berkokok kampung saja
Quote kepompong 17-10-2023 07:54 PM
astaga... menempah tiket ke neraka
Quote tumpanglalu74 17-10-2023 08:26 PM
Geng sunat laser ke ni??  Nah:

https://www.interpol.int/en/Crimes/Cybercrime

https://www.interpol.int/en/Who- ... tries/Europe/ISRAEL

https://www.interpol.int/en/Who- ... th-Pacific/MALAYSIA

Lenkali cakap mak dengar ye..
Quote blue_blur 17-10-2023 08:40 PM
"Alhamdulillah admin, dapat juga merasa iPhone 15 pro max. Terima kasih.


adoi.........................................
Quote AkokKocik 17-10-2023 08:46 PM
Yakinnya kamu...entah2 perangkap nih...org kata jgn percaya perkara yg nampak terlalu senang.. too good too be true...
Quote arnauld 17-10-2023 09:11 PM
Baik engko hack roket dia punya gps code tukar gps ke rumah netanyahu ada juga berkat
Quote Nurul8001 17-10-2023 09:15 PM
Alahai, ko ingat dgn curi2 mcm ni, Tuhan tak marah? Apoo, malukan Islam je

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 11:24 AM GMT+8 , Processed in 0.073341 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top