CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Syamimia Mengaku Peti Ais SMEG Bukan Ori, Hanya Tempah Pembalut Dan Logo Tiruan

17-10-2023 04:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 19280| Komen: 216

PETALING JAYA – Syamimia mengaku dia hanya menempah khas pembalut serta logo jenama mewah, SMEG semata-mata untuk dipasang pada peti ais di rumahnya.

Menerusi satu temu bual di sebuah program realiti, influencer itu memaklumkan peti ais di rumahnya hanyalah sebuah jenama tempatan dan bukanlah berharga puluhan ribu ringgit seperti mana yang diperdebatkan netizen.





“Itu sebenarnya bukan peti ais SMEG, bila orang terlampau suka bercakap tentang kehidupan orang, buat spekulasi sebab itu saya ‘cool’ sahaja, itu bukan SMEG.

“Saya beli peti ais itu jenama tempatan yang dibeli pada 2021 lagi, lepas itu kita kreatif, orang otak seni ini kreatif dan saya cuba dapatkan pereka tempatan dan minta dia buat ‘emblem’ SMEG dan saya ukur betul-betul supaya nampak sama macam SMEG yang sebenar,” dedahnya.

Pendedahan wanita itu ternyata mendapat kecaman ramai apabila rata-ratanya menyifatkan dirinya sebagai seorang yang mengejar populariti.


“Viral sebab duduk PPR (Program Perumahan Rakyat) pakai peti ais SMEG. Rupanya beli peti ais lain tampal jenama SMEG. Makin viral la nampaknya kes dia ni,” kata seorang pengguna.

“Sebab itu jangan mudah percaya sangat influencer ini. Banyak yang tipu dari betul. Sama la tang tunjuk duit kepuk-kepuk sebenarnya gambar ‘google’,” perli pengguna lain.

Terdahulu, Syamimia menjadi tular dalam kalangan pengguna media sosial apabila menerima kecaman hebat netizen kerana menggunakan perabot serta barangan berjenama mewah walaupun menetap di sebuah flat PPR.

Keadaan tersebut dapat dilihat menerusi kandungan video memasak dan mengemas rumah yang dimuat naiknya di akaun TikTok.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sambaldurian 17-10-2023 04:37 PM
Knp klu betul ada smeg mmg kena halau dari ppr ke apa. ( x ngerti property Msia ni) ( ppr tu sewa dengan dbkl ke or beli ).
Klu beli ok la dia duduk sendiri, dari beli pastu ko sewakan rm1200. Tu opportunist, patut tarik balik.
Quote orkid_amani 17-10-2023 04:41 PM
ada ka design peti ais brand local yg ada curve gitu kat freezer?
Quote ifanonline 17-10-2023 04:43 PM
cetak rompak rupanya...tetek pun fake kot gamaknya
Quote cmf_PariS 17-10-2023 04:45 PM
bitter pula biar la dia... dh suka nunjuk tp malu la fake .. auww kuasaa
Quote limesherbet 17-10-2023 04:47 PM
So nape dia ni viral selain hal rumah pprt tu. nak kate lawa...tak, nak kata video masakan dia best tak juga...baik K ameng lagi best walaupun resepi amateur je


Quote manehnya 17-10-2023 04:47 PM
ifanonline replied at 17-10-2023 04:43 PM
cetak rompak rupanya...tetek pun fake kot gamaknya

ha ha.. ku rasa..
Quote syamzana 17-10-2023 04:48 PM
orkid_amani replied at 17-10-2023 04:41 PM
ada ka design peti ais brand local yg ada curve gitu kat freezer?

ada brand isonic tapi tatau la brand msia ke tak. sebijik copy ori smeg ni
harga lbh 10% jah smeg
Quote nuralisa 17-10-2023 04:51 PM
iye ke tu ...
Quote syamzana 17-10-2023 04:54 PM
dia ni glamer sbb byk dlm rumah tu dia diy dgn lakinya kot. table top dapur, psg tiles, flooring semua la. pastu join deco2 apa entah kat ig tu, so ramai la org kenal (i assume sbb bila buka ig tu ada byk tag deco2 rumah ig)
Quote orkid_amani 17-10-2023 04:55 PM
syamzana replied at 17-10-2023 04:48 PM
ada brand isonic tapi tatau la brand msia ke tak. sebijik copy ori smeg ni
harga lbh 10% jah  ...

Cantik la pulak pati ais nya kalerful..biasa warna silver grey jaa.dulu brand national ja ada warna hijau
Quote midori888 17-10-2023 04:58 PM
orkid_amani replied at 17-10-2023 04:55 PM
Cantik la pulak pati ais nya kalerful..biasa warna silver grey jaa.dulu brand national ja ada warn ...

wahh..cantik fridge....
Quote syamzana 17-10-2023 05:01 PM
orkid_amani replied at 17-10-2023 04:55 PM
Cantik la pulak pati ais nya kalerful..biasa warna silver grey jaa.dulu brand national ja ada warn ...

kannn...

iols perasan brand ni tgk kwn iols pakai
dia la ckp copy ori smeg ahahahaa tatau la ye ke tak. tp soft tone color tu mmg sesuai utk rumah2 yg ala2 tema rona pastel gitu.
Quote prince_marhaen 17-10-2023 05:02 PM
limesherbet: So nape dia ni viral selain hal rumah pprt tu. nak kate lawa...tak, nak kata video masakan dia best tak juga...baik K ameng lagi best walaupun resepi  ...


dulu2 viral pasal mak ayah dia buta, oku, tu dapat rumah ppr, pastu mak ayah dia bagi dia rumah tu (pusaka lepas meninggal), dia kawin & dia dan suami dia deko rumah nampak macam kondo aesthetic, cantik la, pandai pose angel camera buat content, walaupun content dia ala-ala je, masak pun ala-ala je... tapi ramai la follow sebab suka tgok dia buat live, ajar anak masak, tapi lama-lama orang annoying sheols jenis defensive macam nek ecah gegar vazanza, semua komen dia nak reply secara passive aggressive (tenang tapi bisa gak mulut dia), pastu biasalah netizen kan suka korek2, siap korek la dia fake sangat, adik beradik dia yang lain dia tak amik kisah lepas mak dia ninggal la, pastu buat video bodo kenapa tak nak support palestine secara terbuka walaupun sheols ramai followers...gitulahh

Quote makita 17-10-2023 05:06 PM
Masa 1992 dulu, ayah meols ada beli peti ais seken 1 pintu bucu bulat mcm smeg ni. Warna off white letak kat kedai. Meols lupa brand apa tapi mmg old skool lah. Kalau org yg dtg kedai mesti mcm suka tengok peti ais tu. Malangnya lepas tutup kedai tak tahu mana peginya.
Quote airmineral 17-10-2023 05:12 PM
prince_marhaen: dulu2 viral pasal mak ayah dia buta, oku, tu dapat rumah ppr, pastu mak ayah dia bagi dia rumah tu (pusaka lepas meninggal), dia kawin & dia dan suami ...


masa awal2 dia buat video tu mmg rumah dia da estetik dan belanja mahal2 ke?
kata keje jkr je? iols xrasa dia engineer, paling2 pun gred sokongan / non exec je
gaji gomen pun brp la sgt nak hidup lavish mcm dia

Quote wikedsaikel 17-10-2023 05:15 PM
Edited by wikedsaikel at 17-10-2023 07:28 PM

Aku tetap minat tengok TikTok dia. Sebab calming. Sekian.

Edited: DAMNNNN aku baru baca pasal komen dia pasal isu palestin
Quote matjerk 17-10-2023 06:11 PM
orkid_amani: ada ka design peti ais brand l ...


Aku ada baca2 komen kat TT.. katanya brand isonic. This girl pnh unboxing petiais isonic ni. Aku cuma nk tahu kenapa dia gigih mengsmegkan peti ais ni. Tujuannya apa? Jika ini fake, apa lagi yg fake tentang diri dia?

Aku baru follow dia..
Quote hungryhenry 17-10-2023 06:13 PM
Isu semasa apakah yinni??
Quote immi 17-10-2023 06:13 PM
Entah apa yg minat sgt kat influencer2 ni.... Kena tipu kena gelak je la yg minat tu. Zaman cnp edit sana sini xyah la caya n follow

Lihat semua komen(216)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.057716 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top