CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Kena Tipu Tapi Buat Laporan Polis Anak Kena Culik

17-10-2023 03:30 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1633| Komen: 0

Seremban: Polis menafikan berlaku kejadian kanak-kanak diculik dua lelaki yang beruniform polis seperti dilaporkan seorang wanita, sebelum tular sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pada jam 9.15 malam kelmarin, pihaknya menerima laporan daripada suri rumah berumur 38 tahun mengenai kejadian pemerasan di rumahnya Bandar Sri Sendayan, di sini.



"Pengadu menyatakan menerima panggilan telefon daripada sebuah syarikat penghantaran barang sebelum mendakwa didatangi dua lelaki menaiki motosikal.

"Menerusi laporan itu, wanita itu mengatakan dua polis melarikan anak lelakinya yang berumur 2 tahun," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Arifai berkata, suri rumah itu mendakwa 'suspek' memeras ugut supaya menggadaikan barang kemas di sebuah kedai pajak gadai di Senawang.

"Bagaimanapun, hasil siasatan dan penelitian liputan kamera litar tertutup (CCTV) di sepanjang lokasi dan di kawasan kejadian mendapati perkara itu tidak berlaku.


"Rakaman CCTV menunjukkan anaknya masih berada dengannya di dalam kereta ketika dia ke kedai pajak gadai di Senawang.

"Hasil siasatan mendapati sebenarnya pengadu dihubungi seorang wanita disyaki 'scammer' yang memintanya menggadaikan barang kemas dan memasukkan wang tunai ke dalam akaun yang diberi.

"Namun, pengadu berjaya menghubungi suaminya dan terselamat daripada menjadi mangsa penipuan dalam talian," katanya.

Arifai berkata, kes pada mulanya disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan atas kesalahan pemerasan.

"Bagaimanapun, polis tidak menolak kemungkinan melakukan siasatan kerana membuat laporan palsu. Namun, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengetahui motif laporan awal itu selain siasatan kes penipuan.

"Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan panggilan telefon daripada pihak yang tidak dikenali supaya tidak menjadi mangsa penipuan.

"Sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Faizal Mohd Zaini di talian 013- 3613854 atau Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban 06-6033222," katanya.

Terdahulu tular laporan polis yang mendakwa dua lelaki beruniform polis mengacu pistol ke arah seorang kanak-kanak sebelum dikatakan menculiknya.


Sumber: Harian Metro






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 11:29 AM GMT+8 , Processed in 0.060880 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top