Roslan Madun sebak dan terkesan ketika mengulas kemelut yang berlaku di antara penyanyi Shila Amzah dan adik-adiknya, Syafiq dan Syada. Penyanyi irama asli itu yang merupakan rakan baik kepada Datuk ND Lala mengatakan dia sudah menganggap Shila dan adik-adiknya itu seperti anaknya sendiri.
Tambahnya diia pernah melihat susah senang nasib keluarga itu suatu ketika dahulu memandangkan mereka membesar di hadapan matanya. “Anak-anak dia tu dah macam anak saya dah. Ye la dah keluargakan, membesar depan saya. Saya tengok ketika mereka susah, ketika mereka senang. Saya tengok depan saya,” katanya seperti dipetik di XTRA. Penyanyi Lemak Manis ini juga menjadi saksi ketika Shila bekerja keras mengisi slot-slot kosong untuk menyanyi ketika majlis, sejak kecil lagi. “Shila masa kecil dulu suka menyanyi. Dulu saya dekat Pahang ada banyak majlis. Shila ni dia lah yang mengisi slot-slot, kadang-kadang penyanyi dan VIP lambat sampai, dia yang menyanyi. Dah macam anak saya dah,” jelasnya.
Terdahulu, kemelut yang berlaku di antara adik-beradik pelantun lagu Patah Seribu itu menjadi perhatian ramai selepas adik-adiknya meluahkan rasa kurang puas hati dengan tindakannya untuk menjual rumah yang didiami mereka. Rentetan perkara itu, Shila turut tampil memberikan penjelasan isu tersebut bagi tidak menegangkan situasi yang berlaku. Namun, ibunya, Fauziah Sarman turut tampil memberikan kenyataan yang berbaur kecewa terhadap tindakan penyanyi itu sekali gus menambahkan ketegangan yang berlaku. -CARI Sumber: XTRA
|
kepompong replied at 17-10-2023 03:50 PM
tak kenal. penyanyi ke pelakon dia ni?
Sunkiss8999 replied at 17-10-2023 03:54 PM
Pakcik roselan bukan darah daging dorang yg sedih..si lalat sibuk mengulit bini baru dengan berselfi ...
kepompong replied at 17-10-2023 04:15 PM
u tengok content ig paklalat pasal pengumuman mohor2 besar raja2 pasal status dia dah kawen lain.. ...
sharlenetexas replied at 17-10-2023 04:29 PM
Tak sempat siapkan powerpoint ke?
kepompong replied at 17-10-2023 04:32 PM
tapi mmg sama macam power point.. sebut 1-1 ish . bosan giler . penat tau tunggu dia bercakap samp ...
sharlenetexas replied at 17-10-2023 04:34 PM
Itulah netizen duk komen lambatnya nk tunggu habis cakap sebutir sebutir. Kalau powerpoint boleh b ...
kotakominami replied at 17-10-2023 03:46 PM
Alahai acik nangis bapak diorang rilek je tgk bola
ADVERTISEMENT