CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4488|Reply: 30

Roslan Madun Menangis, Sedih Tengok Anak-Anak ND Lala Bergaduh

[Copy link]
Post time 17-10-2023 03:23 PM | Show all posts |Read mode
Roslan Madun sebak dan terkesan ketika mengulas kemelut yang berlaku di antara penyanyi Shila Amzah dan adik-adiknya, Syafiq dan Syada.


Penyanyi irama asli itu yang merupakan rakan baik kepada Datuk ND Lala mengatakan dia sudah menganggap Shila dan adik-adiknya itu seperti anaknya sendiri.


Tambahnya diia pernah melihat susah senang nasib keluarga itu suatu ketika dahulu memandangkan mereka membesar di hadapan matanya.


Foto: Google




“Anak-anak dia tu dah macam anak saya dah. Ye la dah keluargakan, membesar depan saya. Saya tengok ketika mereka susah, ketika mereka senang. Saya tengok depan saya,” katanya seperti dipetik di XTRA.


Penyanyi Lemak Manis ini juga menjadi saksi ketika Shila bekerja keras mengisi slot-slot kosong untuk menyanyi ketika majlis, sejak kecil lagi.


“Shila masa kecil dulu suka menyanyi. Dulu saya dekat Pahang ada banyak majlis. Shila ni dia lah yang mengisi slot-slot, kadang-kadang penyanyi dan VIP lambat sampai, dia yang menyanyi. Dah macam anak saya dah,” jelasnya.







Terdahulu, kemelut yang berlaku di antara adik-beradik pelantun lagu Patah Seribu itu menjadi perhatian ramai selepas adik-adiknya meluahkan rasa kurang puas hati dengan tindakannya untuk menjual rumah yang didiami mereka.


Rentetan perkara itu, Shila turut tampil memberikan penjelasan isu tersebut bagi tidak menegangkan situasi yang berlaku.


Namun, ibunya, Fauziah Sarman turut tampil memberikan kenyataan yang berbaur kecewa terhadap tindakan penyanyi itu sekali gus menambahkan ketegangan yang berlaku. -CARI


Sumber: XTRA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2023 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Yes Roslan Madun ni mengiyakan Sha yg kerja keras.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 03:37 PM | Show all posts
aduh....sampai nangis???
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Udah nampak kan an an siapa scam sapa...ekekekek..xila go xila go..no turning back .cuma mtk ampun je dengan emak adik badik tu biar lah dorang asalkan dorang tak berbunyikkkk lagi sudah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 03:39 PM | Show all posts
dia cakap berlapik tu. kalo dia kawan/kenalan keluarga yg jenis loud mmg dia akan kata yg lagi tajam. nampak dia cakap berlapik jaga hati both sides sbb hubungan rapat tu.

reporter x carik tok lalat ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 03:44 PM | Show all posts
masa kecik dulu dia selalu nyanyi lagu Ibu...agkanya skrg ni klu dia nyanyi balik lagu tu mesti sedih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2023 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai acik nangis bapak diorang rilek je tgk bola
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
siapa lah yg interview dia utk buat  content... alahai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2023 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
tak kenal. penyanyi ke pelakon dia ni?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakcik roselan bukan darah daging dorang yg sedih..si lalat sibuk mengulit bini baru dengan berselfie dgn bintang bola sepak..sungguh taraguna si lalat ni..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sharlenetexas at 17-10-2023 04:04 PM
kepompong replied at 17-10-2023 03:50 PM
tak kenal. penyanyi ke pelakon dia ni?


Penyanyi lagu rakyat. Ada juga berlakon. Ada juga menulis. Suka baca kawan2 circle penulis dia berbalas komen di fb. Komen2 mpk lucu tapi ada isi.



Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 04:03 PM | Show all posts
kwn dia nd lala tu senyap je....
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 04:03 PM | Show all posts
dia penyanyi Sopan Santunnnnnnn anak melayu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Sunkiss8999 replied at 17-10-2023 03:54 PM
Pakcik roselan bukan darah daging dorang yg sedih..si lalat sibuk mengulit bini baru dengan berselfi ...

u tengok content ig paklalat pasal pengumuman mohor2 besar raja2 pasal status dia dah kawen lain... tkde pun ckp tarikh perkahwinan...  dia kutuk2 exwife dgn bahasa yg lembut pakai katagantidiri "kita" (kita = maklalat)

https://www.instagram.com/reel/Cw7L2sCvJle/?igshid=MzRlODBiNWFlZA==
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
kepompong replied at 17-10-2023 04:15 PM
u tengok content ig paklalat pasal pengumuman mohor2 besar raja2 pasal status dia dah kawen lain.. ...

Tak sempat siapkan powerpoint ke?

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 04:30 PM | Show all posts
meaning dia nmpk la xila nye ssh masa dulu2 tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2023 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 17-10-2023 04:29 PM
Tak sempat siapkan powerpoint ke?

tapi mmg sama macam power point.. sebut 1-1 ish . bosan giler . penat tau tunggu dia bercakap sampai habis. ikut hati mmg malas nak tunggu. tapi kalau tak tunggu tak tahu apa dia nak sebut . mmg jahanam lah lelaki bernama paklalat . Jahat sgt sgt
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sharlenetexas at 17-10-2023 04:35 PM
kepompong replied at 17-10-2023 04:32 PM
tapi mmg sama macam power point.. sebut 1-1 ish . bosan giler . penat tau tunggu dia bercakap samp ...


Itulah netizen duk komen lambatnya nk tunggu habis cakap sebutir sebutir. Kalau powerpoint boleh baca apa dia tulis. Mute kan suara dia.


Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 17-10-2023 04:34 PM
Itulah netizen duk komen lambatnya nk tunggu habis cakap sebutir sebutir. Kalau powerpoint boleh b ...

yg part 2, tergamak dia sebut kat video tu, anak saya syafiq dan teman wanitanya... kesian eiza edanie , sbb mmg fitnah betul paklalat sebut nama bekas PA dia sbg "teman wanita shafiq" ... even sbnrnya masa waktu kejadian ambik keta tu , eiza idanie masih jadi PA paklalat. sebut je la PA saya. kan senang.
Eiza tu dah ada menantu, if not mistaken.. . punya lah benci dia kat anak2 isteri, buat video ckp benda yg misleading
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 04:59 PM | Show all posts
kotakominami replied at 17-10-2023 03:46 PM
Alahai acik nangis bapak diorang rilek je tgk bola

bapak tgh mnyedap dgn bini mudaaa hahaahah mne nak heran isu anak2 & ex wife dh
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 110133 Replies : 7024
‘Taubat Tak Nak Datang Malaysia Lagi’ – Pelancong China Kecewa Tiada Papan Tanda Bahasa Mandarin
Abahmung‘Taubat Tak Nak Datang Malaysia Lagi’
Views : 7224 Replies : 26
Muzakarah teliti hukum solat pakai telekung biasa
ultra78Muzakarah teliti hukum solat pakai telek
Views : 33990 Replies : 70
Tips nak jadi jutawan dalam masa satu tahun. Semoga bermanfaat
YgBenarTips nak jadi jutawan dalam masa satu ta
Views : 33439 Replies : 18
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 94172 Replies : 3669
...farewell 2023...MANTRA FOR 2024...
seribulan...farewell 2023...MANTRA FOR 2024...
Views : 14084 Replies : 31
Kereta tak bayar dah 8 bulan hendak ditarik.Pemilik mengamuk jahanamkan kereta
YgBenarKereta tak bayar dah 8 bulan hendak dita
Views : 28120 Replies : 71
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 73957 Replies : 692
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 72106 Replies : 767
Sila Pilih Jawapan.....
telracsSila Pilih Jawapan.....
Views : 7223 Replies : 23

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.098321 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list