PETALING JAYA – Akaun rasmi Facebook Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Negeri Perak dipercayai digodam sejak semalam. Kelihatan beberapa video lucah dimuat naik sehingga mengundang persoalan dalam kalangan orang ramai.
Beberapa video mendapat lebih 99 perkongsian dan berpuluh komen sekali gus mendapatkan perhatian meluas di media sosial. Difahamkan hantaran terakhir daripada akaun Facebook rasmi SPA Negeri Perak berkaitan semakan keputusan ujian kecergasan dimuat naik pada 27 September lalu. Rata-rata pengguna terkejut dan berharap agar tindakan sewajarnya dapat diambil sebelum situasi menjadi semakin tidak terkawal. “Patutlah ‘page’ lama tak kemaskini. Kena godam rupanya,” komen Fadhilah. “Adakah ini salah satu sektor perkhidmatan awam. Mohon pihak berkuasa ambil tindakan dengan segera,” komen Abu.
“Aduh kena godam pula. Penempatan spa tak tahu lagi ni. Ni mesti kerja kerajaan tak dapat lepas tu godam akaun kerajaan,” komen seorang pengguna lain. – CARI Sumber: Kosmo
|
Kitty_catz replied at 17-10-2023 01:05 PM
alah kat porem ni pun kadang penuh iklan obat kuat konek canak sampai subuh esok..
apa beza?
ADVERTISEMENT