CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Anak 'Lejen' Pun Tak Dipandang' - Anak Pasangan Hussein Abu Hassan Dan Mahyon Ismail Terkilan Dilayan Tak Sewajarnya

16-10-2023 08:50 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5286| Komen: 36

Adik-beradik penyanyi yang juga anak kepada pasangan seniman dan senimwati, Hussein Abu Hassan dan Mahyon Ismail, Dilla Hussein dan Fairuz Hussein kecewa terhadap sikap agensi kerajaan yang didakwa tidak melayan mereka dengan sewajarnya.


Dilla, 60, berkata, mereka pernah hadir untuk sesi 'pitching' projek filem di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), namun agak terkilan tidak 'dipandang' pihak terbabit.

'Anak 'Lejen' Pun Tak Dipandang' - Anak Pasangan Hussein Abu Hassan Dan Mahyon Ismail Terkilan Dilayan Tak Sewajarnya


"Tiada pun orang nak pandang, oh anak lejenlah (legenda). Anak Hussein Abu Hassan dan Mahyon Ismail. Tiada, memang tiadanya dan lantak kaulah.

"Bermakna walaupun orang kata kami anak 'lejen', bukan kami dapat keistimewaan dalam sesuatu projek yang ditawarkan.

"Sekurang-kurangnya berilah perhatian. Kami pun sama-sama cari rezeki. Malah ada satu program Pameran 100 Tahun Sinema Malaysia anjuran Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Muzium Malaysia (JMM) pun kami tak diberitahu. Saya tanya Fairuz dan Faizal, mereka pun tak tahu," katanya.


Menurutnya, poster filem Bukit Kepong yang memaparkan gambar bapa mereka, Allahyarham Hussein Abu Hassan dan Allahyarham Tan Sri Jins Shamsudin terpampang besar di dinding tetapi mereka tidak diundang ke pameran yang berlangsung selama dua bulan bermula 22 Mei lalu.

"Kami pergi tapi kami tahu pun menerusi TikTok, tapi barang pameran pun tak banyak.

"Saya tengok video, masa perasmian mereka jemput Mak Nani (Datuk Rosnani Jamil). Kemudian saya tengok yang dijemput ramai muka pelakon yang tak dikenali.

"Saya tertanya-tanya adakah mereka pelakon legenda? Saya tanya anak pelakon legenda lain dan mereka jawab tak tahu berkenaan pameran ini," katanya yang aktif sebagai penulis skrip.

Sementara itu, Fairuz, 58, berkata, mereka sering berdepan senario ditikam dari belakang oleh segelintir pihak yang mahu melihat mereka gagal.

"Jadi itu puncanya kami buat hal sendiri. Saya pun ada platform sendiri yang diusahakan bersama suami, Zul Nadzar," katanya ditemui selepas menjayakan program SelokaLegenda Waris Seni pada Jumaat lalu di Grand Barakah Hotel Ampang, di sini.

Selain mereka, program anjuran Persatuan Melodi Kenangan Artis & Penggiat Seni Malaysia (Pemekar) ini turut menampilkan Fauziah Ahmad Daud iaitu waris seniwati Saadiah & Ahmad Daud, Hairi Kool waris keluarga Sophia Ibrahim, dan Osama Yamani waris Datuk Jamal Abdillah.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nw111 16-10-2023 08:59 PM
Terkejut i...ingatkan rohana jalil tadi...sebijik muka arwah rohana
Quote yellowsky 16-10-2023 10:21 PM
Edited by yellowsky at 16-10-2023 03:23 PM

Suara diorang best suka dengar lagu Fairuz hussein dan Dilla Hussein suara power[youtube]w4GTFyeiJDY[/youtube]

[youtube]tNWCWylCY-0[/youtube]

[youtube]-go91qPc5X8[/youtube]
Quote fadzyjemi 16-10-2023 10:24 PM
Kesian kan.. ntah laaa..
Quote Dolmat 16-10-2023 10:32 PM
Yg menjadi Faizal Hussein.. adek bradek yg lain tak menyerlah.
Quote Dolmat 16-10-2023 10:33 PM
Aku ingatkan gambar Zulin Aziz dgn arwah Rohana Jalil tadi...



Quote Piramida 16-10-2023 10:54 PM
Dah bolehlah ajak masuk GV
Quote LembingDayanti 16-10-2023 11:04 PM
Fairuz husin suara macam Liza Aziz kan?
Quote Catpaw 16-10-2023 11:14 PM
Sedap juga lagu dan suara meeka ya
Quote ashilalat 16-10-2023 11:19 PM
Kenapa nak pandang kau anak lejen? Tgk pada kerja ko la skrg. Dlu yg berjaya mak ayah kau. Kau kena la buktikan ko sebagus diorg utk dapat projek.

Setakat ni sangat sedikit legenda yg melahirkan lagenda di generasi seterusnya.
Quote prince_marhaen 17-10-2023 09:13 AM
Yang lagend tu arwah-arwah semua, nak layanan level lagend kena kerja keras sendiri, cucu P.Ramlee pun sendu, anak P.Ramlee pun kerja keras dulu main muzik drpd bawah kat RTM, anda rasa Siti Aafiyah akan dpt treatment special ke masa kerja sebab mak dia Tokti? tidak ye.... kerja keras, bakat chuols memang power, tapi kalau tak konsisten, nak market diri habis2 memang sendurina la jawabnya... nak tunggu orang hadap suap depan2 lambettt lagi kak...zaman skrg lagi lah, sundal2 tiktok lagi orang pandang... kena kerja keras lah sis...jangan harap kabel lagend mak pak.. ini tengah top meletop senyapppp~~~~ masuk peti ais... kawinnnn.... pastu nak comeback pun senyappp~~~sendu~~~ apooo
Quote Burong_Hantuk 17-10-2023 10:30 AM
suara dorang sedap,,,,
Quote kepompong 17-10-2023 10:37 AM
artikel tu kan kata, sbg anak langsung tak invite. Padehal muka (arwah) ayah dorang sebesar2 nya. inform la at least. Bukan dia minta apa2 pun
Quote MatDeghem 17-10-2023 10:44 AM
ashilalat replied at 16-10-2023 11:19 PM
Kenapa nak pandang kau anak lejen? Tgk pada kerja ko la skrg. Dlu yg berjaya mak ayah kau. Kau kena  ...

another kak ogy (jangan panggil makcik ya) bangga dgn apak amak yang konon lejen. dan mereka anak yg biasa2 je.

lagi satu Anak ku Sazali. Masih mengharap apak nya royalty.

Kes anak2 yang masih menumpang nama apak dan amak yang tiada lagi di duniya
Quote Prickford 17-10-2023 10:47 AM
LembingDayanti replied at 16-10-2023 03:04 PM
Fairuz husin suara macam Liza Aziz kan?

Sebut Liza Aziz...wow suara sheolls mmg sedap!

Quote TabletSusu 17-10-2023 10:51 AM
ntahlah aku x faham jgk.. dah korg berdua sendu sesendu sendunya.. mmg lah org x igt korg tu sapa. org nampak faizal je dia masih berlakon dan masih relevan dlm industri. korg..? naikkanlah blk nama tu.. baru lah org igt blk kat korg
Quote hanihan16 17-10-2023 10:54 AM
i fahamlah rasa entitlement of being anak lejen. but somehow the statements sounded wrong. kalau anak lejen kena dpt free passes & fast lanes utk projek2?
Quote beni_nikaido 17-10-2023 11:13 AM
pameran mengenai parents mereka tapi mereka tak diinform dan dijemput.
yg dijemput artis2 yg 'who r yus'.
Quote salimrock 17-10-2023 11:18 AM
TabletSusu replied at 17-10-2023 10:51 AM
ntahlah aku x faham jgk.. dah korg berdua sendu sesendu sendunya.. mmg lah org x igt korg tu sapa. o ...

kalo dah snedu kene la sedo diri , betul tak?
Quote dua_chzy 17-10-2023 11:29 AM
beni_nikaido replied at 17-10-2023 03:13 AM
pameran mengenai parents mereka tapi mereka tak diinform dan dijemput.
yg dijemput artis2 yg 'who r  ...

Ni memang babi.

Orang Malaysia memang toksik. Layan manusia macam sampah.

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:10 PM GMT+8 , Processed in 0.047420 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top