Adik-beradik penyanyi yang juga anak kepada pasangan seniman dan senimwati, Hussein Abu Hassan dan Mahyon Ismail, Dilla Hussein dan Fairuz Hussein kecewa terhadap sikap agensi kerajaan yang didakwa tidak melayan mereka dengan sewajarnya.
Dilla, 60, berkata, mereka pernah hadir untuk sesi 'pitching' projek filem di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), namun agak terkilan tidak 'dipandang' pihak terbabit.
'Anak 'Lejen' Pun Tak Dipandang' - Anak Pasangan Hussein Abu Hassan Dan Mahyon Ismail Terkilan Dilayan Tak Sewajarnya
"Tiada pun orang nak pandang, oh anak lejenlah (legenda). Anak Hussein Abu Hassan dan Mahyon Ismail. Tiada, memang tiadanya dan lantak kaulah.
"Bermakna walaupun orang kata kami anak 'lejen', bukan kami dapat keistimewaan dalam sesuatu projek yang ditawarkan.
"Sekurang-kurangnya berilah perhatian. Kami pun sama-sama cari rezeki. Malah ada satu program Pameran 100 Tahun Sinema Malaysia anjuran Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Muzium Malaysia (JMM) pun kami tak diberitahu. Saya tanya Fairuz dan Faizal, mereka pun tak tahu," katanya.
Menurutnya, poster filem Bukit Kepong yang memaparkan gambar bapa mereka, Allahyarham Hussein Abu Hassan dan Allahyarham Tan Sri Jins Shamsudin terpampang besar di dinding tetapi mereka tidak diundang ke pameran yang berlangsung selama dua bulan bermula 22 Mei lalu.
"Kami pergi tapi kami tahu pun menerusi TikTok, tapi barang pameran pun tak banyak.
"Saya tengok video, masa perasmian mereka jemput Mak Nani (Datuk Rosnani Jamil). Kemudian saya tengok yang dijemput ramai muka pelakon yang tak dikenali.
"Saya tertanya-tanya adakah mereka pelakon legenda? Saya tanya anak pelakon legenda lain dan mereka jawab tak tahu berkenaan pameran ini," katanya yang aktif sebagai penulis skrip.
Sementara itu, Fairuz, 58, berkata, mereka sering berdepan senario ditikam dari belakang oleh segelintir pihak yang mahu melihat mereka gagal.
"Jadi itu puncanya kami buat hal sendiri. Saya pun ada platform sendiri yang diusahakan bersama suami, Zul Nadzar," katanya ditemui selepas menjayakan program SelokaLegenda Waris Seni pada Jumaat lalu di Grand Barakah Hotel Ampang, di sini.
Selain mereka, program anjuran Persatuan Melodi Kenangan Artis & Penggiat Seni Malaysia (Pemekar) ini turut menampilkan Fauziah Ahmad Daud iaitu waris seniwati Saadiah & Ahmad Daud, Hairi Kool waris keluarga Sophia Ibrahim, dan Osama Yamani waris Datuk Jamal Abdillah.
Yang lagend tu arwah-arwah semua, nak layanan level lagend kena kerja keras sendiri, cucu P.Ramlee pun sendu, anak P.Ramlee pun kerja keras dulu main muzik drpd bawah kat RTM, anda rasa Siti Aafiyah akan dpt treatment special ke masa kerja sebab mak dia Tokti? tidak ye.... kerja keras, bakat chuols memang power, tapi kalau tak konsisten, nak market diri habis2 memang sendurina la jawabnya... nak tunggu orang hadap suap depan2 lambettt lagi kak...zaman skrg lagi lah, sundal2 tiktok lagi orang pandang... kena kerja keras lah sis...jangan harap kabel lagend mak pak.. ini tengah top meletop senyapppp~~~~ masuk peti ais... kawinnnn.... pastu nak comeback pun senyappp~~~sendu~~~ apooo
ntahlah aku x faham jgk.. dah korg berdua sendu sesendu sendunya.. mmg lah org x igt korg tu sapa. org nampak faizal je dia masih berlakon dan masih relevan dlm industri. korg..? naikkanlah blk nama tu.. baru lah org igt blk kat korg
Post time 17-10-2023 10:54 AMFrom the mobile phone|Show all posts
i fahamlah rasa entitlement of being anak lejen. but somehow the statements sounded wrong. kalau anak lejen kena dpt free passes & fast lanes utk projek2?