CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tuan Rumah Malas Dah Nak Layan Cerita 'Spin' To'Ki "Harap 31 Oktober Ini Dia Akan Keluar Dari Rumah"

16-10-2023 08:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2762| Komen: 14

"Saya harap 31 Oktober ini dia akan keluar dari rumah saya seperti mana perbincangan kami dengan Baitulmal," kata tuan rumah yang disewa penyanyi, To'ki iaitu Liza Mohamad, 46.

Katanya dia tidak mahu mengulas panjang lebar isu membabitkan kedatangannya secara beramai-ramai ke rumah penyanyi terbabit pada tengah malam dan memanggilnya pengemis, baru-baru ini.


Liza berkata, dia boleh bercakap apa saja tetapi sudah pasti akan dinafikan penyanyi terbabit.


Foto: Harian Metro

"Saya cakap apa pun, dia tetap boleh nafi dan 'spin'. Semua yang dia cakap tu tak betul. Saya boleh bagi banyak bukti, tapi nanti berita ini tiada kesudahan.

"Sekarang saya hanya menunggu dia hantar dokumen lengkap ke Baitulmal untuk pihak Baitulmal melepaskan bayaran sewa dan bil elektrik yang tertunggak," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Liza, dia takkan berhubung dengan To'ki lagi sehingga tarikh 31 Oktober nanti iaitu tarikh akhir To'ki dibenarkan tinggal di situ.


Sebelum iniTo'ki mendedahkan alasan dihina sebagai pengemis dan diganggu dengan kehadiran tuan rumah secara berkumpulan pada waktu tengah malam untuk menghalaunya keluar daripada rumah terbabit menjadi punca dia bertindak mengeluarkan sebilah parang.

Menurutnya, tindakannya itu sebagai melindungi diri daripada sebarang kemungkinan.

To'ki turut mendedahkan punca bayaran tertunggak selama dua bulan disebabkan dia tidak dapat bekerja kerana perlu menjaga ibu mentuanya yang sakit. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote maroon_nerd 16-10-2023 08:56 PM
Baitulmal yang bayarkan? Rumah aku masa iklan nak sewakan tu ramai jugak asnaf contact. Kata nak sewa, tapi baitulmal & zakat yang bayarkan. Mmg tak la aku nak bagi. Bukan taknak tolong org susah. Tapi tau dah nanti ibarat lepaskan anjing tersepit. Banyak kes siap blah bil api berlambak tak bayar. Dah la rumah aku tu ada aircond.
Quote Buritan 16-10-2023 09:01 PM
Aku sgt percayee ckp tokki.. hahaha.. sian ko tuan rumah .

Aku dulu rumah cabuk aku tak dibayar almost 2tahun... Aku nak halau bpk aku tak bg.. ujung ujung dia kuar tinggalkan bil letrik dan air.. pas tuu bpk aku suh aku kemas rumah tuu..

Aku ckp jee kat bpk aku.. rumah tuu rumtuh ke terbako kee masuk diular sawa pun aku tak duli dahh.. ujung ujung bpk aku kemas dgn settle hutang air dan api..
Quote exclusive_vvip 16-10-2023 09:07 PM
tau la toki tu xde rupa..tapi xde ke gmbar yg semenggah sikit..kembang tekak la tgk gmbar ni je dok lalu lalang..
Quote Buritan 16-10-2023 09:08 PM
exclusive_vvip replied at 16-10-2023 09:07 PM
tau la toki tu xde rupa..tapi xde ke gmbar yg semenggah sikit..kembang tekak la tgk gmbar ni je dok  ...

Hahaha . Jahak giler komen hang..
Quote cikatilia 16-10-2023 09:10 PM
exclusive_vvip: tau la toki tu xde rupa..tapi  ...

Hahahhaha kejam sikit tp betoi la kan?? Berlemoih gitu minyak2 dgn rambut gitu..
Persisi xmandi dah berminggu2
Quote exclusive_vvip 16-10-2023 09:17 PM
Buritan replied at 16-10-2023 09:08 PM
Hahaha . Jahak giler komen hang..


hihihi:lol
Quote exclusive_vvip 16-10-2023 09:19 PM
cikatilia replied at 16-10-2023 09:10 PM
Hahahhaha kejam sikit tp betoi la kan?? Berlemoih gitu minyak2 dgn rambut gitu..
Persisi xmandi da ...

berapa bungkus blotting paper la gamaknya nak kena guna
Quote Belibis 16-10-2023 09:58 PM
exclusive_vvip: tau la toki tu xde rupa..tapi  ...

Gambar ni jer paling sesuai dengan kisahnya.
Quote sukacactus 16-10-2023 10:23 PM
exclusive_vvip replied at 16-10-2023 09:07 PM
tau la toki tu xde rupa..tapi xde ke gmbar yg semenggah sikit..kembang tekak la tgk gmbar ni je dok  ...

Kannn...kalau rupa terbaru, rambut pun merah
Quote maharani_gebu 17-10-2023 07:57 AM
mat pet punye sembang dengar bule percaya jangan!
Quote Burong_Hantuk 17-10-2023 08:07 AM
loya tgk toki..nampak selekeh..kotor kepam...ter la mendadih kan?
Quote KamikuP 17-10-2023 02:48 PM
Tengok gamabr tok ki mcm ada terbau masam terkeluar kat skin henpon ni apoooo... huhuhuuh
Dulu meolls ada umah sewa asnaf yg duduk tapi tak bayar dlm 2 bulan kot sbb katanya tunggu duit baitulmal. Lepas dapat duit baitulmal dia bayar hutang dan tak sewa dah rumah meolls tapi penyewa meolls tu baik la sopan gitu
Quote iolss 17-10-2023 03:13 PM
once bitten, twice shy uolss kekdahnya.
Quote Prickford 17-10-2023 03:27 PM
exclusive_vvip replied at 16-10-2023 01:07 PM
tau la toki tu xde rupa..tapi xde ke gmbar yg semenggah sikit..kembang tekak la tgk gmbar ni je dok  ...

Tah. Rasa nak rendam muka heolls dalam clorox.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:49 PM GMT+8 , Processed in 0.040988 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top