Penyanyi Vince Chong menjelaskan tidak timbul rasa bersalah terhadap rakan duet, Datuk Aishah yang tersingkir pada minggu keempat All Stars Gegar Vaganza malam semalam kerana masing-masing sudah memberikan yang terbaik.
Malahan, Vince turut mencadangkan agar Aishah berehat seketika dari media sosial untuk ketenangan mentalnya. "Tidak timbul rasa bersalah atau terkilan apabila Aishah tersingkir kerana kami masing-masing sudah melakukan yang terbaik. "Saya maklum dengan kontroversi membabitkan rakan duet dan sebagainya. Malah, saya juga ada mencadangkan kepada Aishah untuk tidak ambil peduli komen netizen yang boleh menjadi racun dalam minda. "Perkara negatif ini boleh memberi impak tidak baik dan makan dalaman kita. Pada saya, Aishah adalah seorang legenda dan sudah melakukan yang terbaik. "Jadi saya ingin sarankan untuk berehat dari media sosial dan pergi bercuti selepas ini. Dia seharusnya menikmati setiap momen dalam kehidupan," katanya.
|
sambaldurian: DA semenjak hilang a part of u ...
nejina replied at 16-10-2023 08:58 PM
Suara dia sedap je semalam while tok chah punya suara yg tak match dengan vince…
ADVERTISEMENT