Vince berkata, kehadirannya sebagai rakan duet sekadar menyerikan persembahan Aishah.
"Saya dapat berasakan bahang dan tekanan dalam kalangan peserta yang bertanding. Takut juga sebenarnya hendak menyertai pertandingan ini kerana persaingan yang sengit.
"Kehadiran saya seperti membuat persembahan makan malam atau acara dan ingin memberikan yang terbaik buat Aishah.
"Mungkin kami boleh berduet pada masa akan datang dalam keadaan yang lebih tenang dan bukan untuk bertanding," katanya.
Terdahulu, Aishah berkongsi hantaran di Instagram dengan mengatakan pemilihan penyanyi jemputan bagi pertandingan minggu keempat ASGV dalam kalangan rakan atau keluarga peserta membuatkan dia berasa ragu dengan sistem permarkahan yang bakal dibuat nanti.
Ini termasuk kaedah barisan juri profesional menilai persembahan penyanyi jemputan memandangkan mereka turut dinilai.
Menurut Aishah, ia seakan tidak adil apabila hubungan yang sudah lama terbina memudahkan peserta dan pasangan duetnya mencapai keserasian bersama semasa di atas pentas.
Sumber: Harian Metro