CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Balalah Kau Azwan Ali" - Aishah

16-10-2023 02:11 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5446| Komen: 41

Penyanyi, Datuk Aishah memberikan amaran kepada Azwan Ali agar memadam hantaran berbaur penghinaan yang dibuat oleh lelaki itu.

Pemilik nama sebenar, Wan Aishah Wan Ariffin, 58, berkata,  dia sudah lama bersabar dengan tohmahan negatif yang datang daripada figura itu.


Kali ini, Aishah bagaimanapun hilang sabar apabila lelaki itu mula menyentuh perihal berkaitan keluarga dan keturunannya.


"Tolong padam Azwan Ali. Jangan sampai saya heret anda ke  mahkamah.

"Aku cuba bersabar, aku cuba menegur dengan baik tetapi tidak habis-habis dengan kata nista. Kali ini saya mengambil serius kerana dia (Azwan) mencuit keturunan dan keluarga.

“Kalau anda rasa boleh lepas di mahkamah dunia, saya beritahu kamu insya-Allah pembalasan akan sampai. Kali ini anda sudah terlalu melampau!,” getus pelantun lagu Janji Manismu itu menerusi Instagram.


Tambah Aishah, beliau tidak akan sesekali memaafkan perbuatan Azwan  itu dan berdoa agar dia diberi balasan setimpal oleh Allah SWT.

Saya tidak akan ampunkan anda kerana menghina keturunan saya. Balalah kepada kau Azwan Ali,” coret Aishah lagi.


Rata-rata peminat bagaimanapun menasihati Aishah supaya tidak mempedulikan komen daripada Azwan Ali atau popular dengan gelaran Diva AA kerana menganggap dia ‘sakit’ dan hanya inginkan perhatian.

Terdahulu, Aishah  tersingkir daripada pada minggu keempat program All Stars Gegar Vaganza musim ke-10 (GV10) ketika berduet dengan Vince menerusi lagu Terlanjur Cinta.

Nama Aishah bagaimanapun menjadi panas apabila dilabel sebagai penyanyi tidak profesional oleh netizen apabila dia sepertinya tidak berpuas hati apabila disingkirkan seawal minggu keempat pertandingan terbabit.

Rasanya ramai yang gembira apabila doa mereka dimakbulkan untuk lihat saya tersingkir,” katanya.

Azwan menerusi aplikasi X memuat naik status berbaur kasar dengan penyingkiran Aishah berbunyi: ” Si skirt tiga kali Jumaat (merujuk Aishah) tersingkir. Padan muka. Kau pergi melalak depan keturunan bangsat kau.”


Sumber: HibGlam

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote asamfish 16-10-2023 02:13 PM
Aishah!  Sila saman!  Biar sampai telanjang!  org mcm so called diva tu patut diajar!  No such thing mulut jahat hati baik....nonsense!
Quote SalenaGomez 16-10-2023 02:16 PM
Dua dua background ambil study law kan?
Quote Sazreena 16-10-2023 02:27 PM
Biar dia telanjang buat kali kedua. Saman je sampai dia jatuh bangkrup bak kata mbak-mbak sinetron.
Quote imransulaiman 16-10-2023 02:31 PM
Kalau setakat begitu statement Azwan, rasanya tak berbaloi heret ke mahkamah. Sebab dia tak sebut nama...
Quote moonela 16-10-2023 02:31 PM
SalenaGomez replied at 16-10-2023 02:16 PM
Dua dua background ambil study law kan?

Yang iols tahu Bachelor's degree (Early Childhood Education) and Master in Political Science

di University of Auckland, NZ.

Azwan grad law from UM (Universiti Malaya).


Quote freyayong 16-10-2023 02:36 PM
imransulaiman replied at 16-10-2023 02:31 PM
Kalau setakat begitu statement Azwan, rasanya tak berbaloi heret ke mahkamah. Sebab dia tak sebut na ...

kan tak de specific sebut nama..
Quote anilanil 16-10-2023 02:38 PM
Tak berbaloi nak saman diva AA. Kalo kaya tahap AA bf PSL ada gak hasilnya. Saudagar Indon, ada banglo 4 tingkat. Diva AA pon dok umah sewa.
Quote laksmanabentan 16-10-2023 02:41 PM
imransulaiman replied at 16-10-2023 02:31 PM
Kalau setakat begitu statement Azwan, rasanya tak berbaloi heret ke mahkamah. Sebab dia tak sebut na ...

haah takde specific nama siapa2 tuh....
Quote epal_putih 16-10-2023 02:41 PM
Dibah ni nk cari gaduh je
Huhu
Sunyi kut
Family.. kawan....
Quote Lavender_Violet 16-10-2023 02:47 PM
Ada ternampak kat TT Dibah AA zaman mengacara AJL
Dia interbiu Kak Ecah ni
Skrg sbb dah gila di bangsat kannya Nek Ecah seketurunan
Quote pokokmeranti 16-10-2023 02:54 PM
imransulaiman replied at 16-10-2023 02:31 PM
Kalau setakat begitu statement Azwan, rasanya tak berbaloi heret ke mahkamah. Sebab dia tak sebut na ...

ada kes wlupun x sebut nama tp org yg menyaman boleh buktikan tuduhan atau kejian itu mmg merujuk kepada dia, boleh je. rasa ada kes sblm nie.
Quote neo_5050 16-10-2023 03:01 PM
pokokmeranti replied at 16-10-2023 02:54 PM
ada kes wlupun x sebut nama tp org yg menyaman boleh buktikan tuduhan atau kejian itu mmg merujuk  ...

Tak semestinya kena sebut nama. Kalau ada kewujudan 'innuendo' pun dah boleh saman.

cuma dalam kat sini i tak sure apa ground diva ecah nak dakwa diva aa.
Quote imransulaiman 16-10-2023 03:02 PM
pokokmeranti replied at 16-10-2023 02:54 PM
ada kes wlupun x sebut nama tp org yg menyaman boleh buktikan tuduhan atau kejian itu mmg merujuk  ...

Tapi statement Azwan tu sangat general. Boleh ke?
Quote pokokmeranti 16-10-2023 03:07 PM
imransulaiman replied at 16-10-2023 03:02 PM
Tapi statement Azwan tu sangat general. Boleh ke?

itu tugas peguam utk buktikan....I pernah baca ada kes mmg berjaya sbb peguam berjaya buktikan  hinaan itu khusus utk org tertentu
Quote Dolmat 16-10-2023 03:12 PM
Kalau Ada duit nak seret AA ke mahkamah.. sila saman kaw2!
Quote KamikuP 16-10-2023 04:36 PM
Diva AA kutuk kat platform X sambil ada gambar ecah lagi. Bukti dah ada mohon saman Diva AA sampai jatuh semekin dan duduk bawah jambatan
Quote Rogue98 16-10-2023 06:17 PM
Mcm dah takde posting tu. Tapi yg kak Lina n shila adalah.
Quote rempahkari 16-10-2023 06:24 PM
Dia ada bubuh gmbar datuk aishah
Quote A-Are 16-10-2023 06:28 PM
kalau kes mcm ni AA kena buktikan yg post tu bukan ditujukan utk aishah...

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:10 PM GMT+8 , Processed in 0.094074 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top