View: 4936|Reply: 41
|
"Balalah Kau Azwan Ali" - Aishah
[Copy link]
|
|
Penyanyi, Datuk Aishah memberikan amaran kepada Azwan Ali agar memadam hantaran berbaur penghinaan yang dibuat oleh lelaki itu.
Pemilik nama sebenar, Wan Aishah Wan Ariffin, 58, berkata, dia sudah lama bersabar dengan tohmahan negatif yang datang daripada figura itu.
Kali ini, Aishah bagaimanapun hilang sabar apabila lelaki itu mula menyentuh perihal berkaitan keluarga dan keturunannya.
"Tolong padam Azwan Ali. Jangan sampai saya heret anda ke mahkamah.
"Aku cuba bersabar, aku cuba menegur dengan baik tetapi tidak habis-habis dengan kata nista. Kali ini saya mengambil serius kerana dia (Azwan) mencuit keturunan dan keluarga.
“Kalau anda rasa boleh lepas di mahkamah dunia, saya beritahu kamu insya-Allah pembalasan akan sampai. Kali ini anda sudah terlalu melampau!,” getus pelantun lagu Janji Manismu itu menerusi Instagram.
Tambah Aishah, beliau tidak akan sesekali memaafkan perbuatan Azwan itu dan berdoa agar dia diberi balasan setimpal oleh Allah SWT.
Saya tidak akan ampunkan anda kerana menghina keturunan saya. Balalah kepada kau Azwan Ali,” coret Aishah lagi.
Rata-rata peminat bagaimanapun menasihati Aishah supaya tidak mempedulikan komen daripada Azwan Ali atau popular dengan gelaran Diva AA kerana menganggap dia ‘sakit’ dan hanya inginkan perhatian.
Terdahulu, Aishah tersingkir daripada pada minggu keempat program All Stars Gegar Vaganza musim ke-10 (GV10) ketika berduet dengan Vince menerusi lagu Terlanjur Cinta.
Nama Aishah bagaimanapun menjadi panas apabila dilabel sebagai penyanyi tidak profesional oleh netizen apabila dia sepertinya tidak berpuas hati apabila disingkirkan seawal minggu keempat pertandingan terbabit.
Rasanya ramai yang gembira apabila doa mereka dimakbulkan untuk lihat saya tersingkir,” katanya.
Azwan menerusi aplikasi X memuat naik status berbaur kasar dengan penyingkiran Aishah berbunyi: ” Si skirt tiga kali Jumaat (merujuk Aishah) tersingkir. Padan muka. Kau pergi melalak depan keturunan bangsat kau.”
Sumber: HibGlam |
|
|
|
|
|
|
|
Aishah! Sila saman! Biar sampai telanjang! org mcm so called diva tu patut diajar! No such thing mulut jahat hati baik....nonsense! |
|
|
|
|
|
|
|
Dua dua background ambil study law kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Biar dia telanjang buat kali kedua. Saman je sampai dia jatuh bangkrup bak kata mbak-mbak sinetron. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau setakat begitu statement Azwan, rasanya tak berbaloi heret ke mahkamah. Sebab dia tak sebut nama... |
|
|
|
|
|
|
|
Yang iols tahu Bachelor's degree (Early Childhood Education) and Master in Political Science
di University of Auckland, NZ.
Azwan grad law from UM (Universiti Malaya).
|
|
|
|
|
|
|
|
kan tak de specific sebut nama..
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak berbaloi nak saman diva AA. Kalo kaya tahap AA bf PSL ada gak hasilnya. Saudagar Indon, ada banglo 4 tingkat. Diva AA pon dok umah sewa. |
|
|
|
|
|
|
|
haah takde specific nama siapa2 tuh....
|
|
|
|
|
|
|
|
Dibah ni nk cari gaduh je
Huhu
Sunyi kut
Family.. kawan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Ada ternampak kat TT Dibah AA zaman mengacara AJL
Dia interbiu Kak Ecah ni
Skrg sbb dah gila di bangsat kannya Nek Ecah seketurunan |
|
|
|
|
|
|
|
ada kes wlupun x sebut nama tp org yg menyaman boleh buktikan tuduhan atau kejian itu mmg merujuk kepada dia, boleh je. rasa ada kes sblm nie.
|
|
|
|
|
|
|
|
pokokmeranti replied at 16-10-2023 02:54 PM
ada kes wlupun x sebut nama tp org yg menyaman boleh buktikan tuduhan atau kejian itu mmg merujuk ...
Tak semestinya kena sebut nama. Kalau ada kewujudan 'innuendo' pun dah boleh saman.
cuma dalam kat sini i tak sure apa ground diva ecah nak dakwa diva aa. |
|
|
|
|
|
|
|
pokokmeranti replied at 16-10-2023 02:54 PM
ada kes wlupun x sebut nama tp org yg menyaman boleh buktikan tuduhan atau kejian itu mmg merujuk ...
Tapi statement Azwan tu sangat general. Boleh ke? |
|
|
|
|
|
|
|
itu tugas peguam utk buktikan....I pernah baca ada kes mmg berjaya sbb peguam berjaya buktikan hinaan itu khusus utk org tertentu
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau Ada duit nak seret AA ke mahkamah.. sila saman kaw2! |
|
|
|
|
|
|
|
Diva AA kutuk kat platform X sambil ada gambar ecah lagi. Bukti dah ada mohon saman Diva AA sampai jatuh semekin dan duduk bawah jambatan |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm dah takde posting tu. Tapi yg kak Lina n shila adalah. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ada bubuh gmbar datuk aishah |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kes mcm ni AA kena buktikan yg post tu bukan ditujukan utk aishah... |
|
|
|
|
|
|
| |
|