Datuk Aishah yakin persembahan yang dilakukan pada minggu keempat All Stars Gegar Vaganza (ASGV) tidak mempunyai sebarang kesalahan. Dia kecewa apabila diumumkan sebagai peserta tercorot sehingga tersingkir daripada program berkenaan.
Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin, 58, juga tidak mengetahui punca persembahannya bersama Vince dengan lagu Terlanjur Cinta dinilai begitu teruk sehingga memperoleh hanya 43.75 peratus secara keseluruhan daripada juri. "Saya rasa (persembahan) okay sahaja. Saya rasa saya tidak buat sebarang kesalahan. "Saya secara jujur tidak tahu... kenapa saya dinilai dengan teruk iaitu hanya 43.75 peratus sahaja. Itu gagal tau," katanya kepada mStar. Ditanya adakah persembahannya layak mendapat markah lebih tinggi dan dia sepatutnya mara ke minggu seterusnya, Aishah enggan mengulas mengenai perkara itu.
|
sukacactus replied at 16-10-2023 12:15 PM
Tok ecah patut dgr blk cemana dia nyanyi smlm
Masa dgr dia nyanyi tu aku sampai tertanya ‘Eh! Kenap ...
cikatilia replied at 16-10-2023 12:22 PM
kenapa suara dia semakin chipmunk?
ADVERTISEMENT