CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6324|Reply: 63

Ramai Menyampah Dengar Ucapan Aishah Lepas Tersingkir "Kenapa Saya Dinilai Terlalu Teruk?

[Copy link]
Post time 16-10-2023 12:10 PM | Show all posts |Read mode
Datuk Aishah yakin persembahan yang dilakukan pada minggu keempat All Stars Gegar Vaganza (ASGV) tidak mempunyai sebarang kesalahan.


Dia kecewa apabila diumumkan sebagai peserta tercorot sehingga tersingkir daripada program berkenaan.


Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin, 58, juga tidak mengetahui punca persembahannya bersama Vince dengan lagu Terlanjur Cinta dinilai begitu teruk sehingga memperoleh hanya 43.75 peratus secara keseluruhan daripada juri.


Foto: mStar




"Saya rasa (persembahan) okay sahaja. Saya rasa saya tidak buat sebarang kesalahan.


"Saya secara jujur tidak tahu... kenapa saya dinilai dengan teruk iaitu hanya 43.75 peratus sahaja. Itu gagal tau," katanya kepada mStar.


Ditanya adakah persembahannya layak mendapat markah lebih tinggi dan dia sepatutnya mara ke minggu seterusnya, Aishah enggan mengulas mengenai perkara itu.




  



"Nanti orang kata aku bitter.


"Saya rasa saya buat okay. Saya tidak buat sebarang masalah," ujarnya.


Dalam pada itu, Aishah tidak menafikan tindakannya terlalu lantang bersuara mungkin menjadi sebab dia tersingkir awal.


Namun, dia tetap dengan pendirian untuk bersuara sekiranya sesuatu perkara bercanggah dan harus ditegur.




  



"Saya tidak pasti. Saya selalu lantang. Saya pada usia begini malas nak bising-bising, tapi kalau ada benda yang menurut saya tidak kena, ia tak boleh diteruskan. Jadi saya akan cakap sesuatu.


"Walaupun satu auditorium melawan saya, saya tidak takut untuk mengata tidak kepada perkara yang tidak betul," ujarnya.


Sementara itu netizen berasa kurang senang dengan ucapan Aishah selepas disingkirkan.




Foto: mStar







"Saya rasa ramai juga doa orang di luar sana dah makbul tengok saya keluar tapi anyway terima kasih kepada semua. Saya happy esok boleh tidur."


Mereka beranggapan Aishah langsung tak mengenang juri atau peminat. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2023 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah agak dah... Mesti ada bunyi punya...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 12:15 PM | Show all posts
ada beza yg besar la kak cah antara lantang dgn bitter.tapi memang jelas kedengaran agak bitter dgn penyingkiran kali ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Tok ecah patut dgr blk cemana dia nyanyi smlm
Masa dgr dia nyanyi tu aku sampai tertanya ‘Eh! Kenapa teruk sgt suara dia?’ Nyanyi mcm terkejar2
Ramai lg yg kata gitu, at last juri pun sependapat rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 12:18 PM | Show all posts
hati hati astro kang disamannya
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 12:22 PM | Show all posts
kenapa suara dia semakin chipmunk?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2023 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik kaler baju dia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 12:50 PM | Show all posts
bingit dan kepit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2023 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Lantang tu ok tp tunggula lps tsingkir ke dsb.. unless klu mmg tahu akan kena buang nak lantang2 oklah…
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedar pun diri dh tua. Tak nak bising bising. Hujung hujung ko berbunyik jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 12:59 PM | Show all posts
Industri hiburan ni sangat kejam pada mereka yg berusia yg cari makan dengan suara dan rupa.
Bila dua2 tu dah takde, kena faham2 sendirilah masa dah tiba untuk berundur dan rehat bersama keluarga. Tiada apa yg perlu dikejar kerana dah pernah berada di atas takhta sebelum ini.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 16-10-2023 12:15 PM
Tok ecah patut dgr blk cemana dia nyanyi smlm
Masa dgr dia nyanyi tu aku sampai tertanya ‘Eh! Kenap ...

Ye wei! Aku setuju. Aku pun tekejut dengar dia nyanyi semalam. Aku macam eh kenapa tak sedap dia nyanyi? Mak aku yang kebetulan lalu kat living hall tu pun tekejut tengok aishah menyanyi semalam. Hmmmm. Dah la speech bitter. Elok la tu terkeluar boleh rehat
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
cikatilia replied at 16-10-2023 12:22 PM
kenapa suara dia semakin chipmunk?

Selama ni suara dia bercakap mmg camni eh? Aku tak perasan. Dia mcm ziana zain. Bercakap suara kartun tapi nyanyi terus lain sedap suara. Tapi nabila razali tak lah Bercakap menyanyi tetap kelakar tak sedap. Tapi berlakon drama best juga.
Apa pun thanks tokcah menghiburkan sejak Aishah and the Fan Club. Masa sekolah rendah dulu suka tgk iklan Pepsi and lagu Sensation terbaik
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 02:44 PM | Show all posts
dari masa dia kena komen lepas nyanyi sampailah ke ALAL, Muka dia mcm muka fedup...

Ko dah memang lejen.. tapi tak perlu acah-acah diva sangatlar... nanti orang hilang respek plak
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejak tokchah kuruih, suara tak lunak, mcm mesin tebu
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Nek cah merentan apa hari ini...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2023 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg tokcah legend ni jenis kuat meroyan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 02:50 PM | Show all posts
Part mula2 nyanyian dia semalam mmg sangat teruk
Dgn suara dia yg tiba2 jadi halus cam chipmunk
Suara keluar kat hidung
Baik ko dengar balik Nek Cah
Mesti ko malu sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 02:53 PM | Show all posts
aku suggest tok chah pergi dgr balik la nyanyian semalam. then compared dgn yg markah tinggi tu. rasa2 ok ke cmtu? kalau kat telinga marhaen mcm kami pun tak sedap. apetah lagi telinga juri
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak betul benang orang yang sama kalau ada sesuatu isu...
Pening pulak nak komen kat benang yang mana satu...
Tapi, selepas dia kurus (buat bariatik???), suara dia terus tak sedap kalau menyanyi..
Suara yang sedap tu keluar dari perut, kalau dah potong perut cemane nak nyanyi...
Hahaha... maaf, ya... saya mengarut merepek meraban je ni... sebab tengah lapar...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:24 AM GMT+8 , Processed in 0.070893 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list