Syaiful dan Sharif Zero yang menerima RM10,000 selepas menjadi juara minggu pertama Famili Duo musim tiga (FD3) menyatakan sebahagian wang tersebut akan disumbangkan kepada tabung Palestin.
“Sebenarnya kemenangan ini juga mahu kami kongsi dengan Atu yang membuka laluan kepada kami untuk turut serta dalam pertandingan ini. “Pada masa sama kami juga sepakat berkongsi kesyukuran dengan menyalurkan sebahagian wang ntuk membantu saudara seagama di Palestin,” katanya kepada Kosmo. Pasangan misteri yang hanya diumumkan sebagai peserta keenam itu membawakan lagu dangdut Ikan Dalam Kolam, Kopi Dangdut dan Dag Dig Dug secara medley. Persembahan mereka meraih pujian juri, Mas Idayu dan Ajai dengan mendapat markah keseluruhan sebanyak 55.4 peratus. Selain Syaiful dan adiknya Sharif atau nama sebenarnya Sharif Khadir, 33, pertandingan nyanyian membabitkan selebriti yang mempunyai pertalian keluarga tersebut turut disertai lima lagi peserta duo.
|
ADVERTISEMENT