View: 869|Reply: 1
|
Memang RM10,000, Syaiful Dan Sharif Zero Nak Sumbang Kepada Tabung Palestin
[Copy link]
|
|
Syaiful dan Sharif Zero yang menerima RM10,000 selepas menjadi juara minggu pertama Famili Duo musim tiga (FD3) menyatakan sebahagian wang tersebut akan disumbangkan kepada tabung Palestin.
“Sebenarnya kemenangan ini juga mahu kami kongsi dengan Atu yang membuka laluan kepada kami untuk turut serta dalam pertandingan ini.
“Pada masa sama kami juga sepakat berkongsi kesyukuran dengan menyalurkan sebahagian wang ntuk membantu saudara seagama di Palestin,” katanya kepada Kosmo.
Foto: Kosmo
Pasangan misteri yang hanya diumumkan sebagai peserta keenam itu membawakan lagu dangdut Ikan Dalam Kolam, Kopi Dangdut dan Dag Dig Dug secara medley.
Persembahan mereka meraih pujian juri, Mas Idayu dan Ajai dengan mendapat markah keseluruhan sebanyak 55.4 peratus.
Selain Syaiful dan adiknya Sharif atau nama sebenarnya Sharif Khadir, 33, pertandingan nyanyian membabitkan selebriti yang mempunyai pertalian keluarga tersebut turut disertai lima lagi peserta duo.
Mereka adalah Shila dan Syahir Amzah, manakala pasangan adik beradik lain Adira Suhaimi dan Emma Suhaimi serta pensohor media sosial, Ryan Bakery dan Adam Bakery.
Antara duo lain suami isteri, Fuad Rahman dan Tom serta saudara sepupu, Haqiem Rusli dan Ariff Bahran.
Pada masa sama, Syaiful dan Sharif juga mendapat kelebihan untuk memilih tema iaitu cinta bagi FD3 minggu kedua nanti.
Program yang menyaksikan enam pasangan duo bakal bersaing selama lapan minggu itu menawarkan RM100,000 bagi juara edisi ke tiga ini.
Program lapan episod berkenaan menyaksikan pemenang mingguan dipilih bersandarkan pemarkahan juri sebanyak 70 peratus, manakala undian dalam talian melalui Tonton membabitkan 30 peratus. – CARI
Sumber: Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
mcm susah jer dorang nk jadi juara |
|
|
|
|
|
|
| |
|