CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Atm Tak Hantar Batalion Ke Palestin

16-10-2023 05:27 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5856| Komen: 28

Kuala Lumpur: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan pembabitannya ke Palestin seperti yang ditularkan di media sosial.

Markas Angkatan Tentera Malaysia dalam kenyataan berkata, pihaknya mengesan video tular berdurasi satu minit 36 saat yang disiarkan di platform Tik Tok menerusi akaun milik adamjohan64 (@adamofficial64).


TANGKAP layar video yang dimuat naik di Tiktok mendakwa satu batalion digerakkan Angkatan Tentera Malaysia untuk ke Palestin.

"ATM sudah meneliti kandungan video berkenaan dan mendapati ia video lama mengenai anggota ATM yang ditugaskan ke misi United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) bagi Kumpulan Malaysian Battalion 850- 10 (MALBATT 850-10) ke Lubnan pada 2022.

"Justeru, ATM menafikan kandungan video tular berkenaan dan mengesahkan ia adalah tidak benar sama sekali," katanya.

Menurutnya, masyarakat diminta supaya tidak membuat sebarang andaian atau menularkan sebarang perkara yang tidak pasti atau berita palsu kerana ia boleh mengundang pelbagai spekulasi dan mencetuskan suasana panik dalam kalangan masyarakat.


"Adalah ditegaskan bahawa mana-mana individu yang didapati menyebarkan berita palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998," katanya.

Video yang dimuat naik individu berkenaan meraih lebih 1.4 juta tontonan memaparkan penghantaran satu batalion.

Individu berkenaan turut memuat naik keterangan video 'kita doakan perwira kita selamat pergi dan selamat pulang. Satu batalion sudah siap sedia (anggaran 10,000 anggota otw (dalam perjalanan) ke Palestin'.


Sumber: Harian Metro






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 16-10-2023 06:40 AM
X yahla...Nak bunuh diri?..kesianla anak isteri kat sini....
Quote shernazz 16-10-2023 07:01 AM
Harey sungguh yang sebarkan pung
Quote Suchi 16-10-2023 07:29 AM
Edited by Suchi at 16-10-2023 07:37 AM

Kenapa eh takleh nak paste link video kat sini?

Btw ramai yg taktau kot pasal negara kita ni tertakluk kepada penjanjian dgn NAM

NAM ialah pergerakkan negara2 berkecuali, dimana kita telah dilindungi hak drpd dijajah dan tertakluk kpd undang2 tubuh NAM& UN
Kalau nk pi gak just misi pengaman dibawah UN tu pun takleh bawak senjata.
Kalau dtg hantar senjata nnt perlindungan tu automatik terbatal, negara kita ni kecik je kalau apa2 jadi kena serang kita takkan dibantu lagi.
So pahamilah kedudukan negara nih cemana, korang duk sebarkan berita pelesu ni pikir2 la masak ye kalau pihak luar salah paham cemana?

Quote sayurmayur88 16-10-2023 07:48 AM
negara2 arab jiran2 palestin takde pon nak bantu sedara islam kt palestin tu.
Quote ChildrenOfBodom 16-10-2023 07:59 AM
cringe aku tgk bideo syok sendiri ..beras tempatan mahai pon menggelupoq nk p perang laa sangat
Quote Kak-Rohana 16-10-2023 08:03 AM
ChildrenOfBodom replied at 16-10-2023 07:59 AM
cringe aku tgk bideo syok sendiri ..beras tempatan mahai pon menggelupoq nk p perang laa sangat

Beras Kedah kena sorok...hahahah
Quote dua_chzy 16-10-2023 08:25 AM
sayurmayur88 replied at 15-10-2023 11:48 PM
negara2 arab jiran2 palestin takde pon nak bantu sedara islam kt palestin tu.

Egypt contohnya, punya la jahat pelarian Palestin pun tamau terima.

Seswatuh.
Quote AbukRokok 16-10-2023 08:27 AM
bebal sgt yg percaya
Quote zuriey 16-10-2023 08:31 AM
Bt apa nak hantar depa sendiri yg nak perang
Kita pula kena jadi korban

Quote Burong_Hantuk 16-10-2023 08:31 AM
hurmmmmm
Quote Thunderclouds 16-10-2023 10:34 AM
Hahahaha..
Buduh ittew freeeeee..
Quote mawardia 16-10-2023 10:50 AM
Hahahahahaha tiktoker bodoh.
Nasib baik ATM tak saman kau.
Cilok video org.
Pastu sebarkan fake news!
Quote kelapaparut 16-10-2023 10:55 AM
lobai2 mudah kne scam dgn bidio gini, terus semangat bkobar2.
Quote Skuau 16-10-2023 11:00 AM
Tangkap la PATI( dr negara Isle) seluruh negara yg ramai tu..suh depa pilih nak antar balik negara memasing ke nak antar pi perang tolong palestin.
Quote airfilterkotor 16-10-2023 11:06 AM
Dalam TikTok jugak, ada kutu buat konten drone yisroel kena serang dgn seekor gagak.
Siap dgn ayat burung ababil bagai.

Sekali video lama yg direcycle, drone penghantar parcel diserang gagak kat Australia.

Itupun ramai bebal² dok bersahut² dlm komen dok percaya.

Harap gomen tangkap jer orang jenih gini kaki konten yg tidak benar lagi mengelirukan.
Quote akukah 16-10-2023 12:04 PM
sayurmayur88 replied at 16-10-2023 07:48 AM
negara2 arab jiran2 palestin takde pon nak bantu sedara islam kt palestin tu.

Genting gaza diperintah oleh hamas.. hamas ni tak disukai oleh pemerintah negara2 middle east.. hanya iran yg menyokong hamas.. hezbollah pun sama sekutu dgn iran..
Dgn nature arab yg berpuak2.. berbeza aliran agama antara syiah dgn sunni.. israel & us mudah utk ambil kesempatan & influence negara2 middle east tu..
Dulu genting gaza diperintah oleh parti fatah.. tapi dah dihalau keluar oleh hamas masa civil war thn 2006-2007.. parti fatah tu yg dpt byk sokongan negara middle east
Quote airfilterkotor 16-10-2023 12:05 PM
Ni link artikel burung gagak serang drone:
Gagak Mirip Burung Ababil Serang Dron Dipercayai Milik Israel Cetus Tanda Tanya Ramai

Akaun TikToker: shah.ahmad77
Quote Kangkung1M 16-10-2023 12:43 PM
Suchi replied at 15-10-2023 07:29 PM
Kenapa eh takleh nak paste link video kat sini?

Btw ramai yg taktau kot pasal negara kita ni tertak ...

Satu jenis senjata Malaysia boleh bagi, iaitu senjata DOA.

[TikTok]7288983196648148226[/TikTok]
Quote Decaffeinated 16-10-2023 01:37 PM
Dalam video tu siap tunjuk askar nanges2 nak tinggalkan bini. Muzik latar haruslah sayu walau pun lirik konon2 semangat. Melayu sangat.

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 11:28 AM GMT+8 , Processed in 0.051177 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top