Putrajaya: Kerajaan mengarahkan Kedutaan Besar Malaysia di Beirut mengambil langkah berjaga-jaga serta memantau keadaan rakyat Malaysia di Lubnan termasuk pasukan pengaman Malbatt yang berkhidmat di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) berikutan konflik Palestin-Israel.
Wisma Putra berkata, tindakan itu dibuat ekoran situasi konflik yang berterusan di mana kawasan di Selatan Lubnan turut menjadi serangan pihak Israel. “Kedutaan Besar Malaysia di Beirut telah berhubung rapat dengan 12 warga Malaysia serta keluarga yang kini bermastautin di Lubnan. “Dalam keadaan semasa, warga Malaysia disaran agar dapat menangguhkan perjalanan yang tidak penting (non-essential travel) ke Lubnan,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi. Mengulas lanjut, Wisma Putra berkata, kerajaan turut memutuskan agar ahli keluarga kakitangan Kedutaan Besar Malaysia kembali ke Malaysia sehingga keadaan keselamatan membenarkan.
“Ia sebagai langkah pro-aktif Kerajaan bagi memastikan keselamatan semua rakyat Malaysia menjadi keutamaan negara. “Selain Malaysia, Kedutaan Besar United Kingdom dan Pejabat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) di Beirut telah menghantar pulang ahli keluarga mereka,” katanya. Bagaimanapun, katanya, Kedutaan Besar Malaysia akan terus beroperasi seperti biasa. “Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular dan mempunyai pertanyaaan boleh berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Beirut,” katanya. Sumber: Kosmo! Online |
shamsadis replied at 16-10-2023 08:18 AM
kalau time konflik mereka balik, apa peranan sebenar mereka di sana? melancong? spetikal pulak aku
edayildiz replied at 16-10-2023 01:59 AM
zaman kecik dlu selalu tgk kt paper yg dr lubnan ni wish slmt hari raya dr perantauan..
yg terpilih ...
Nurul8001 replied at 17-10-2023 12:00 PM
Kalau tentera lelaki setahun
Kalau tentera wanita 6 bulan
shamsadis replied at 16-10-2023 08:18 AM
kalau time konflik mereka balik, apa peranan sebenar mereka di sana? melancong? spetikal pulak aku
edayildiz replied at 17-10-2023 12:02 PM
wah bnyik mcm best jer kn dk belah sana..senang je nk g umrah
tumpanglalu74 replied at 16-10-2023 01:17 AM
Aikk sape yang cun cam Tok Ti tu?
Nurul8001 replied at 17-10-2023 12:06 PM
Diorang ke sana bawah PBB.
Ntah apa yg dibuat, saya pun tak tau.
PBB yg request utk ATM hantar ten ...
shamsadis replied at 17-10-2023 01:09 PM
kalau belanja ditanggung oleh PBB ok lah tu, dengan ucapan, enjoy your trip
edayildiz replied at 16-10-2023 01:59 AM
zaman kecik dlu selalu tgk kt paper yg dr lubnan ni wish slmt hari raya dr perantauan..
yg terpilih ...
Nurul8001 replied at 17-10-2023 12:06 PM
Diorang ke sana bawah PBB.
Ntah apa yg dibuat, saya pun tak tau.
PBB yg request utk ATM hantar ten ...
Nurul8001 replied at 17-10-2023 12:09 PM
Kalau ikut peta, Mekah n Madinah lebih dekat dgn Lubnan berbanding Malaysia
Tapi, ni dulu2 l ...
allshares replied at 17-10-2023 02:27 PM
Kalau dulu malbat kita khas utk perubatan, termsk bagi batuan perubatan utk rakyat kat garisan per ...
ADVERTISEMENT