CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 12110|Reply: 23

Konflik Palestin-Israel: Keadaan Pasukan Malbatt Di Lubnan Dipantau

[Copy link]
Post time 15-10-2023 10:36 PM | Show all posts |Read mode
Putrajaya: Kerajaan mengarahkan Kedutaan Besar Malaysia di Beirut mengambil langkah berjaga-jaga serta memantau keadaan rakyat Malaysia di Lubnan termasuk pasukan pengaman Malbatt yang berkhidmat di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) berikutan konflik Palestin-Israel.


Wisma Putra berkata, tindakan itu dibuat ekoran situasi konflik yang berterusan di mana kawasan di Selatan Lubnan turut menjadi serangan pihak Israel.


Gambar hiasan



“Kedutaan Besar Malaysia di Beirut telah berhubung rapat dengan 12 warga Malaysia serta keluarga yang kini bermastautin di Lubnan.


“Dalam keadaan semasa, warga Malaysia disaran agar dapat menangguhkan perjalanan yang tidak penting (non-essential travel) ke Lubnan,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.


Mengulas lanjut, Wisma Putra berkata, kerajaan turut memutuskan agar ahli keluarga kakitangan Kedutaan Besar Malaysia kembali ke Malaysia sehingga keadaan keselamatan membenarkan.


“Ia sebagai langkah pro-aktif Kerajaan bagi memastikan keselamatan semua rakyat Malaysia menjadi keutamaan negara.


“Selain Malaysia, Kedutaan Besar United Kingdom dan Pejabat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) di Beirut telah menghantar pulang ahli keluarga mereka,” katanya.


Bagaimanapun, katanya, Kedutaan Besar Malaysia akan terus beroperasi seperti biasa.


“Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular dan mempunyai pertanyaaan boleh berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Beirut,” katanya.




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2023 01:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Aikk sape yang cun cam Tok Ti tu?
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 01:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Satu cabaran juga batch malbatt kat Lebanon kalini ya. Padahal x lama lg nk balik dah. This month or maybe next month balik sepatutnya. Ke dah balik eh. Sebab yg I ols tau batch (baru) yg kawad time merdeka parade tuari berlepas ke sana bln ni. Teruji sikit la they ols kali ni. But I'm sure they are all trained n ready for whatever conflict pun.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 01:59 AM From the mobile phone | Show all posts
zaman kecik dlu selalu tgk kt paper yg dr lubnan ni wish slmt hari raya dr perantauan..
yg terpilih p sana sbnrnya mcmana..
dorg kena stay berapa lama? dorg sbg oengaman je kn..perempuan pun ada ke
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 08:18 AM | Show all posts
kalau time konflik mereka balik, apa peranan sebenar mereka di sana? melancong? spetikal pulak aku
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 11:36 AM | Show all posts
shamsadis replied at 16-10-2023 08:18 AM
kalau time konflik mereka balik, apa peranan sebenar mereka di sana? melancong? spetikal pulak aku

tu la kan. apa je dorang buat kat sana
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2023 11:50 AM | Show all posts
menjaga keamanan sempadan konflik.. kalau perang kene perang juga
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 16-10-2023 01:59 AM
zaman kecik dlu selalu tgk kt paper yg dr lubnan ni wish slmt hari raya dr perantauan..
yg terpilih  ...

Kalau tentera lelaki setahun
Kalau tentera wanita 6 bulan

Tengah2 tu ada cuti 2 kali. 2 minggu, 2 minggu.
Yg wanita, saya tak pasti cuti demer mcm mana
Tapi, kalau demer cuti, selalunya demer jalan2 sekitar Arab atau buat umrah sekali.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2023 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Nurul8001 replied at 17-10-2023 12:00 PM
Kalau tentera lelaki setahun
Kalau tentera wanita 6 bulan


wah bnyik mcm best jer kn dk belah sana..senang je nk g umrah
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
shamsadis replied at 16-10-2023 08:18 AM
kalau time konflik mereka balik, apa peranan sebenar mereka di sana? melancong? spetikal pulak aku

Diorang ke sana bawah PBB.
Ntah apa yg dibuat, saya pun tak tau.
PBB yg request utk ATM hantar tentera ke sana.
Takkan kita nak tolak request dari PBB

Saya pernah tanya, tapi jawapannya alahai,
buat sakit hati.
Buat apa kena ke sana?
Dijawab, buat bodo jgn memandai-mandai.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 17-10-2023 12:02 PM
wah bnyik mcm best jer kn dk belah sana..senang je nk g umrah

Kalau ikut peta, Mekah n Madinah lebih dekat dgn Lubnan berbanding Malaysia

Tapi, ni dulu2 lah. Batch yg awal2 dulu.
Skrg saya tak pasti mcm mana
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by raihaneem at 17-10-2023 12:54 PM
tumpanglalu74 replied at 16-10-2023 01:17 AM
Aikk sape yang cun cam Tok Ti tu?


Haha..geng mindef mesti kenai.
Kalau almarhum acik pristineone ada mesti dia leh kasi jwpn
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 01:09 PM | Show all posts
Nurul8001 replied at 17-10-2023 12:06 PM
Diorang ke sana bawah PBB.
Ntah apa yg dibuat, saya pun tak tau.
PBB yg request utk ATM hantar ten ...

kalau belanja ditanggung oleh PBB ok lah tu, dengan ucapan, enjoy your trip
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
shamsadis replied at 17-10-2023 01:09 PM
kalau belanja ditanggung oleh PBB ok lah tu, dengan ucapan, enjoy your trip


Diorang ke sana, PBB bayar elaun.
Saya pun dapat tempias
Saya ada suruh husband pergi lagi.
Ni beberapa tahun lepas,
masa belum bergolak mcm skrg.
Dia taknak dah. Cukup2 la katanya.

Dia pernah dapat offer utk ke sana 2nd time,
tapi dia tolak. Kalau best, mesti dia tak teragak2 nak ke sana lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 02:23 PM | Show all posts
ada function ka?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 16-10-2023 01:59 AM
zaman kecik dlu selalu tgk kt paper yg dr lubnan ni wish slmt hari raya dr perantauan..
yg terpilih  ...

Kalau dulu malbat kita khas utk perubatan, termsk bagi batuan perubatan utk rakyat kat garisan perang (bersalin/sakit etc). Skrg taktau la. Mcm indon kawal sempadan. Semua under pbb. Tiap negara ada tugas masing2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2023 02:46 PM | Show all posts
Nurul8001 replied at 17-10-2023 12:06 PM
Diorang ke sana bawah PBB.
Ntah apa yg dibuat, saya pun tak tau.
PBB yg request utk ATM hantar ten ...

kan? jawapan yg diterima tak jelas...


pernah gak tanya sedara mara yg g sana, kata nya pengaman,  malaysia negara PBB jd kena hantar tentera pengaman ke sana..


itu sahja...

mgkn lain orang lain pendapat,

dan mgkn para tentera juga tak boleh la cerita sepenuh nya apa tujuan diorang ke sana.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Nurul8001 replied at 17-10-2023 12:09 PM
Kalau ikut peta, Mekah n Madinah lebih dekat dgn Lubnan berbanding Malaysia

Tapi, ni dulu2 l ...

tp mmg lg dkt dr malaysia kn..i terkejut kalau mekah lg dkt ngan malaysia dr lubnan
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
allshares replied at 17-10-2023 02:27 PM
Kalau dulu malbat kita khas utk perubatan, termsk bagi batuan perubatan utk rakyat kat garisan per ...

ohhh tq atas pencerahan..
mmg belah lubnan tmpt bergolak ke apa?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 17-10-2023 03:07 PM
ohhh tq atas pencerahan..
mmg belah lubnan tmpt bergolak ke apa?

Sempadan palestin sis.ade pelarian palestin&pejuang palestin kat sana, jadi target oleh israel jgk la.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 05:52 AM GMT+8 , Processed in 0.047762 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list