Perubahan pada wajahnya yang semakin berseri-seri membuatkan ramai pihak menyangka pelakon dan pengacara Janna Nick sudah 'berisi' (mengandung). Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 28, bagaimanapun menyangkal dakwaan terbabit dan mengakui akan berkongsi perkara itu sekiranya menjadi kenyataan.
"Mungkin sebab saya bekerja dalam indoor (tempat tertutup) seperti di UiTM dan Istana Budaya sepanjang latihan teater Pak Pandir dan Labu Ajaib serta tak kena matahari, itulah sebabnya wajah saya berseri. "Doakan yang baik-baik. Kalau ada pasti saya akan berkongsi. Tengoklah fizikal saya makin kurus. Kalau ada (mengandung) pasti akan bertambah besar," katanya. Dalam perkembangan berkaitan, Janna sekali lagi kekal mengacara program Famili Duo TV3 yang akan membuka tirai malam ini. Menurutnya, dia mengikuti kontroversi yang membabitkan peserta Famili Duo dan akan cuba mengawal keadaan dengan baik.
|
ADVERTISEMENT