"Sebab orang tahu identiti saya di Famili Duo kalau tidak membakar semangat, saya bakar 'line'. Jadi saya kena ambil peka dengan isu yang relevan dengan keluarga.
"Dah tentu kita menghormati peserta dan kita ada di situ untuk menaikkan semangat mereka untuk bertanding. Selain dari itu adalah selingan dan kita menghormati. Kita akan tanya tapi kalau dia tak jawab, tak kisahlah.
"Tapi sebagai pengacara, kalau itu yang penerbit perlukan daripada saya, pasti saya ajukan soalan itu. Dia ada dua peranan kat sini, satu, sebagai pengacara yang saya harus mungkin nanti pada episod pertama saya perlu ajukan soalan yang sensitif," katanya.
Dia terpaksa mendengar arahan dari penerbit dan pada masa sama memikirkan peranan sebagai kawan.
Sumber: Harian Metro