Kuala Lumpur: Seorang wanita yang hanya ingi dikenali sebagai Ainna menyatakan kegemarannya adalah memakan bedak muka sejak lebih 13 tahun lalu dan semakin ketara sejak kebelakangan ini. Menurut gadis berusia 28 tahun itu berasa, tabiat gemar 'meratah' bedak muka cuma kesukaan yang unik.
"Saya tidaklah makan bedak sampai kenyang, tetapi menjamah untuk rasa 'puas' dan (makan bedak muka) menjadikan hari itu lengkap buat saya. "Apatah lagi sejak kebelakangan ini saya rasa tertekan dengan masalah di tempat kerja, dapat mengunyah bedak sikit seolah-olah menjadi ubat penenang. "Pada saya, tabiat makan bedak muka bukanlah masalah sehinggalah perbuatan itu ditegur rakan serumah agar bertemu dengan pakar psikologi," katanya. Jika tidak dapat menjamah 'sajian' kegemarannya itu, Ainna mengaku dia lebih mudah terganggu sehingga sukar melakukan urusan harian.
"Saya pernah keluar pejabat ketika waktu kerja semata-mata untuk pergi membeli bedak muka. Saya tertinggal bedak muka di rumah dan berasa gelisah dan serba tidak kena. "Macam 'orang hilang anak' dan saya rasa masalah makan bedak sudah menguasai hidup saya," katanya. Ainna berkata, dia pernah beberapa kali cuba menahan diri atau menghentikan perbuatan makan bedak, tetapi gagal. "Saya pernah cuba alih 'selera' kepada coklat dan cuba 'psiko' diri sendiri dengan menganggap coklat sama seperti bedak. "Tetapi percubaan itu gagal apabila saya kembali kepada tabiat memakan bedak muka. Ia bukanlah hari-hari tetapi ada mood 'craving' itu bila datang susah hendak kawal," katanya. Ainna juga memaklumkan tabiat itu tidak diketahui keluarganya kerana perbuatan itu sekali-sekala apabila 'selera' itu datang. "Setakat ini tiada pula gejala atau rasa kurang selesa selepas makan. Maksudnya tiada insiden sakit perut atau muntah-muntah. "Sebaliknya saya rasa teruja dan 'puas' seperti selera dapat dipenuhi apabila dapat menjamah bedak muka. Saya hanya gigit atau makan dalam jumlah sedikit. Kata orang buat rasa-rasa," katanya. Sumber: Harian Metro |
Burong_Hantuk: Bimbonya Kau dekk
A-Are replied at 16-10-2023 08:30 AM
Apa agaknya rasa bedak ni
noor2 replied at 16-10-2023 08:48 AM
Rasa beras....bedak tu beras yg direndam dalam air diperam sampai lembut dan dikisar x silap... Du ...
A-Are replied at 16-10-2023 08:51 AM
oh patutla ada yg teringin...risau plak kalu yg jenis teringin bedak johson & johson
noor2 replied at 16-10-2023 08:53 AM
X pernah beli bedak sejuk org jual...biasa yg nenek buat je....nenek meninggal masa akak umur 19t ...
A-Are replied at 16-10-2023 09:14 AM
kalau mcm tu xperla..dah dikira organik..pewangi pon daun pandan...kids friendly gitu????
noor2 replied at 16-10-2023 09:16 AM
Tp kalau beli dari kedai rasa waswas pembuatan...sb kena rendam..tutup dgn kain putih bersih...per ...
mengapainisemua replied at 16-10-2023 12:28 PM
bagitau brand skali..aku nak try
ADVERTISEMENT