Peguam Syarie Datuk Akberdin Abdul Kader menjelaskan harta seseorang menjadi pusaka apabila mereka sudah meninggal dunia selain semua urusan berkaitan si mati seperti hutang diselesaikan.
"Harta seseorang hanya akan menjadi pusaka selepas pemiliknya meninggal dunia namun mereka boleh membuat wasiat bagi mengelakkan masalah lebih besar. "Harta-harta berkenaan hanya boleh dibahagikan mengikut faraid selepas waris menyelesaikan semua perkara berkaitan si mati termasuk selepas menolak hutang, wasiat, badal haji dan sebagainya. "Tapi kalau pemiliknya masih hidup tidak boleh dianggap sebagai pusaka termasuk rumah," katanya ketika dihubungi mStar. Dalam pada itu, Akberdin menjelaskan selagi pemilik masih hidup mereka berhak untuk melakukan apa sahaja terhadap harta yang dimiliki. Ini termasuklah menyerahkan sesuatu harta tersebut kepada orang yang menjadi pilihannya.
"Kalau pemilik masih hidup dia bebas untuk lakukan apa sahaja termasuklah menghibahkan harta tersebut kepada sesiapa yang dia mahukan. "Nak jual pun tiada masalah sebab harta itu di atas namanya," jelasnya. Mengulas mengenai isu melibatkan keluarga Shila, Akberdin berkata, disebabkan penyanyi itu mempunyai seorang anak lelaki, dua adik lelakinya iaitu Amir Syafiq dan Amir Syahir serta adik perempuannya Syada Amzah tidak tersenarai sebagai waris mengikut faraid. Bagaimanapun ibu bapa Shila iaitu Fauziah Sarman dan Datuk ND Lala serta suaminya, Ubai layak sebagai penerima harta pusaka sekiranya penyanyi itu meninggal dunia. "Anaknya merupakan waris asoboah... Selain anak lelaki, suami dan ibu bapa juga layak menerima sebahagian daripada harta pusaka ditinggalkan. "Adik-beradik tidak tersenarai disebabkan Shila mempunyai anak lelaki. "Jadi ibu bapa (sekiranya berlaku kematian) hanya dapat 1/6 manakala suami 1/4 dan selebihnya milik anak lelaki," jelasnya. Bagaimanapun kata Akberdin, sekiranya pemilik ingin mewasiatkan hartanya kepada golongan yang tiada dalam senarai waris, mereka hanya boleh mendapat 1/3. Ini kerana kata Akberdin, hukum di dalam agama Islam menetapkan 2/3 pusaka si mati perlu diberikan kepada waris. Kemelut keluarga Shila menjadi perhatian selepas adiknya Syada Amzah mendakwa dia bakal dihalau keluar daripada kediamannya susulan banglo milik penyanyi itu bakal dijual selain sedang mencari rumah sewa. Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 33, pula menafikan dakwaan dia menghalau adik-beradiknya sebaliknya mahu menjual banglo tersebut kerana ingin membeli kediaman baharu lebih selesa buat ibu mereka. Isu tersebut berlarutan apabila adik lelakinya Amir Syafiq mendedahkan Shila tidak membuat sebarang perbincangan sebelum berhasrat menjual banglo tersebut. Syafiq juga memberitahu banglo tersebut merupakan rumah pusaka yang menggunakan nama Shila sebagai pemilik selain memintanya menukar hak milik kediaman itu kepada nama ibu mereka. Sumber: mStar |
matjerk replied at 15-10-2023 08:10 PM
Fefeling harta tu paklalat punya... kononnya 30% dari harga rumah tu.. paklalat bayar.... n paklalat ...
matjerk replied at 15-10-2023 08:09 PM
Aku baru dgr video yg adik Shila ni melalak pasal "harta pesaka" ni...
Memang ALI ITAM 2.0... lah d ...
kepompong replied at 15-10-2023 08:21 PM
paklalat pun hidup lagi. if that's the case
lanacondor replied at 15-10-2023 09:06 PM
Shahila kalau ko cerdik. Ko buat wasiat la siap2 harta ko. Ni hidup lagi dh nmpk belang masing2. Mak ...
axl_bach replied at 15-10-2023 11:30 PM
Wasiat cuma 1/3 harta saja, bkn semua harta bleh diwasiatkan.....
Contohnya andai ada harta rm1,0 ...
cmf_premierleag replied at 16-10-2023 08:40 AM
Syada amzah dan amir syafiq ni mmg stok2 budak kelas belakang ......bodoh x paham apa tu pusaka
Kpd ...
ADVERTISEMENT