CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3012|Reply: 19

"Harta Seseorang Hanya Akan Menjadi Pusaka Selepas Pemiliknya Meninggal Dunia" - Datuk Akberdin

[Copy link]
Post time 15-10-2023 06:47 PM | Show all posts |Read mode
Peguam Syarie Datuk Akberdin Abdul Kader menjelaskan harta seseorang menjadi pusaka apabila mereka sudah meninggal dunia selain semua urusan berkaitan si mati seperti hutang diselesaikan.


"Harta seseorang hanya akan menjadi pusaka selepas pemiliknya meninggal dunia namun mereka boleh membuat wasiat bagi mengelakkan masalah lebih besar.


"Harta-harta berkenaan hanya boleh dibahagikan mengikut faraid selepas waris menyelesaikan semua perkara berkaitan si mati termasuk selepas menolak hutang, wasiat, badal haji dan sebagainya.






"Tapi kalau pemiliknya masih hidup tidak boleh dianggap sebagai pusaka termasuk rumah," katanya ketika dihubungi mStar.


Dalam pada itu, Akberdin menjelaskan selagi pemilik masih hidup mereka berhak untuk melakukan apa sahaja terhadap harta yang dimiliki.


Ini termasuklah menyerahkan sesuatu harta tersebut kepada orang yang menjadi pilihannya.


"Kalau pemilik masih hidup dia bebas untuk lakukan apa sahaja termasuklah menghibahkan harta tersebut kepada sesiapa yang dia mahukan.


"Nak jual pun tiada masalah sebab harta itu di atas namanya," jelasnya.


Mengulas mengenai isu melibatkan keluarga Shila, Akberdin berkata, disebabkan penyanyi itu mempunyai seorang anak lelaki, dua adik lelakinya iaitu Amir Syafiq dan Amir Syahir serta adik perempuannya Syada Amzah tidak tersenarai sebagai waris mengikut faraid.


Bagaimanapun ibu bapa Shila iaitu Fauziah Sarman dan Datuk ND Lala serta suaminya, Ubai layak sebagai penerima harta pusaka sekiranya penyanyi itu meninggal dunia.


"Anaknya merupakan waris asoboah... Selain anak lelaki, suami dan ibu bapa juga layak menerima sebahagian daripada harta pusaka ditinggalkan.
"Adik-beradik tidak tersenarai disebabkan Shila mempunyai anak lelaki.


"Jadi ibu bapa (sekiranya berlaku kematian) hanya dapat 1/6 manakala suami 1/4 dan selebihnya milik anak lelaki," jelasnya.


Bagaimanapun kata Akberdin, sekiranya pemilik ingin mewasiatkan hartanya kepada golongan yang tiada dalam senarai waris, mereka hanya boleh mendapat 1/3.


Ini kerana kata Akberdin, hukum di dalam agama Islam menetapkan 2/3 pusaka si mati perlu diberikan kepada waris.


Kemelut keluarga Shila menjadi perhatian selepas adiknya Syada Amzah mendakwa dia bakal dihalau keluar daripada kediamannya susulan banglo milik penyanyi itu bakal dijual selain sedang mencari rumah sewa.


Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 33, pula menafikan dakwaan dia menghalau adik-beradiknya sebaliknya mahu menjual banglo tersebut kerana ingin membeli kediaman baharu lebih selesa buat ibu mereka.


Isu tersebut berlarutan apabila adik lelakinya Amir Syafiq mendedahkan Shila tidak membuat sebarang perbincangan sebelum berhasrat menjual banglo tersebut.


Syafiq juga memberitahu banglo tersebut merupakan rumah pusaka yang menggunakan nama Shila sebagai pemilik selain memintanya menukar hak milik kediaman itu kepada nama ibu mereka.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2023 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Maklalat koyak ke tu? Anak masih hidup sibuk mempusakakan rumah tu. Baik maklalat masuk sekolah pondok, bagi lepas fardhu ain daripada sibuk meluah perasaan kat medsos
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2023 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Penjelasan yang terbaik
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2023 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku baru dgr video yg adik Shila ni melalak pasal "harta pesaka" ni...

Memang ALI ITAM 2.0... lah dia ni.....

Sesuka dia ehhh menjejehhhh pasal "harta pusaka".  X segan2 nyebut perkataan tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2023 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Fefeling harta tu paklalat punya... kononnya 30% dari harga rumah tu.. paklalat bayar.... n paklalat setelkan cepat bayaran sehingga x de hutang dah....

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2023 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
matjerk replied at 15-10-2023 08:10 PM
Fefeling harta tu paklalat punya... kononnya 30% dari harga rumah tu.. paklalat bayar.... n paklalat ...

paklalat pun hidup lagi. if that's the case
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2023 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Agreed.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2023 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Shahila kalau ko cerdik. Ko buat wasiat la siap2 harta ko. Ni hidup lagi dh nmpk belang masing2. Mak ko tu ko crikan la jodoh duda mn2 cri kt masjid dkt dgn rumah senang. Cri ajk masjid sng g masjid sama2. Tu je ubat maknya. Ko bg bulan2 duit kt mak ko ngam2 je utk belanja mak ko. Bergaduh dgn mak mmg ko akan kalah. Ko diam je la. Jnji duit bg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2023 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
matjerk replied at 15-10-2023 08:09 PM
Aku baru dgr video yg adik Shila ni melalak pasal "harta pesaka" ni...

Memang ALI ITAM 2.0... lah d ...

Ali amzah pun boleh
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2023 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah berapa orang lawyer bersuara
Fakta yang sama

Masih tak sedor diri lagi ke deme bebewak tu semua
Kalau macik bungkus baju dalam Rimowa
Larik balik kampung dah
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2023 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
kepompong replied at 15-10-2023 08:21 PM
paklalat pun hidup lagi. if that's the case

Tak sabar2 nak mempesakakan reta yg dia x de hak langsung ke atas nya...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2023 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
lanacondor replied at 15-10-2023 09:06 PM
Shahila kalau ko cerdik. Ko buat wasiat la siap2 harta ko. Ni hidup lagi dh nmpk belang masing2. Mak ...

Wasiat cuma 1/3 harta saja, bkn semua harta bleh diwasiatkan.....

Contohnya andai ada harta rm1,000,000, hanya rm333,333.33 saja yg boleh diwasiatkan.....itupun kalau ada hutang RM100,000, kena tolak hutang dulu... Maksudnya RM1,000,000 kena tolak hutang dulu Tinggal rm900,000...... Then dari rm900k tu hanya rm300k saja nilai maksima utk wasiat, selebihnya rm600k tetap milik ahli faraid.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Org keliling sibok mempusakan harta org yg masih hidup. Xde pusaka2 pon. Semuanya masih tegam berdiri lg. Hidup lg org2 nye. X paham aku.
Jgn sebut lg perkataan pusaka tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 15-10-2023 11:30 PM
Wasiat cuma 1/3 harta saja, bkn semua harta bleh diwasiatkan.....

Contohnya andai ada harta rm1,0 ...

Tulis la pjg2 pon psl kira2 ni. Kalau dh tamak tu bkn bhgn dia pon dorg tetap amek. Tgk kes ali susun tu jela. Smpi skg xkeluar2 dr rumah arwah tu. Tu yg dh mati. Ni hidu lagi pon xmalu mtk tukar nama jd harta pusaka mati nt lg teruk
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 08:33 AM | Show all posts
yg pasti semuanya akan berhenti kalauND lala yang bersuara..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 08:38 AM | Show all posts
toxic family...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2023 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Syada amzah dan amir syafiq ni mmg stok2 budak kelas belakang ......bodoh x paham apa tu pusaka
Kpd boyfren syada amzah, maybe hang bleh la kensel nak kawen dgn gelfren bodoh hang ni
Kpd ex wife syaPIG, tahniah la sbb dh bebas dr jantan sial ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 08:46 AM | Show all posts
https://www.tiktok.com/@indah.pelangi7/video/7282935360907119873


kebetulan tgh dngr yg ni..psl faraid jgk
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 11:43 AM | Show all posts
bahahaahahaha
bodo betol amir syafiq.. sah sah xila ada anak lelaki.. ko mmg xde apa2 sama syada tu.. mama xie aje ada share situ.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 11:44 AM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 16-10-2023 08:40 AM
Syada amzah dan amir syafiq ni mmg stok2 budak kelas belakang ......bodoh x paham apa tu pusaka
Kpd  ...

lama gak kan sampai ada anak baru bercerai berai
kalau kawin pon akak bayar.. mcm mana expenses family depa gamaknya.. bini dia aje la kot tanggung eh.. sedey..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 05:52 AM GMT+8 , Processed in 0.052769 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list