Segamat: Seramai 424,000 orang kanak-kanak di negara ini dikesan mengalami isu kesihatan mental dan menunjukkan trend meningkat sepanjang tahun lalu. Menurut Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa, angka tersebut berdasarkan laporan National Health and Morbidity Survey (NHMS) yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
“Trend ini dilihat agak semakin meningkat selepas daripada Covid-19 atau pasca Covid-19. “KKM memang meneliti dan mengambil berat tentang perkara ini selain melakukan beberapa intervensi serta kerjasama dengan agensi lain khususnya berkaitan kanak-kanak termasuk Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). “KKM juga mengambil pendekatan turun padang memberi pendedahan tentang kesihatan mental ini dan bagaimana pentingnya masyarakat perlu mengambil perhatian tentang kesihatan mental serta bekerjasama membantu mengatasi masalah ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Karnival Segamat Sihat sempena Hari Sukan Negara, Hari Kesihatan Mental Sedunia dan Kesedaran Kanser Peringkat Daerah Segamat di Dataran Segamat di sini hari ini. Tambah Dr. Zaliha, antara faktor menyebabkan ramai kanak-kanak terjebak dengan isu kesihatan mental adalah disebabkan kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa atau penjaga. “Pelbagai permasalahan kita telah diberitahu khususnya kanak-kanak yang duduk dalam keluarga B40 dengan emak dan ayah terpaksa keluar bekerja. “Kebanyakan mereka ditinggalkan di rumah bersendirian atau menjaga adik-beradik yang lain. “Terdapat juga faktor daripada sudut ke arah remaja seperti masalah perhubungan keluarga dan sebagainya,” katanya. Sumber: Kosmo! Online |
dua_chzy replied at 14-10-2023 03:57 PM
Aiol juga perasan, sepertinya students SMK aiol kat sekolah baru ni seem ramai yang mentally ill but ...
green~tea replied at 14-10-2023 08:00 AM
Mcmana peel mereka yang cuolz dpt peratikan??
Betul ke punca sbb kalangan B40 yang kena jaga adi ...
dua_chzy replied at 14-10-2023 04:32 PM
Kalau yang jantan, agresif (yang pelik/keterlaluan. Mungkin ni hada pengaruh pengambilan substance ...
dua_chzy replied at 14-10-2023 04:32 PM
Kalau yang jantan, agresif (yang pelik/keterlaluan. Mungkin ni hada pengaruh pengambilan substance ...
Suchi replied at 15-10-2023 12:25 AM
Uols takde siasat ke apa yg terjadi kat umah budak tu? bila uols sebut dia duk peluk tubuh tu pun ...
manopBKK replied at 15-10-2023 06:41 AM
18 bulan katup sempadan… tutup parlimen segala demi nak kekal berkuasa inilah domino effect nye..so ...
balakkampung replied at 15-10-2023 02:28 PM
Tambah Dr. Zaliha, antara faktor menyebabkan ramai kanak-kanak terjebak dengan isu kesihatan mental ...
green~tea replied at 14-10-2023 07:14 PM
Mak pak camni tak patut membiak.. jangan beranak la kalo tak mampu jaga & besarkan... sakit ati ba ...
ADVERTISEMENT