CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6579|Reply: 17

424,000 Kanak-Kanak Alami Masalah Kesihatan Mental

[Copy link]
Post time 14-10-2023 03:50 PM | Show all posts |Read mode
Segamat: Seramai 424,000 orang kanak-kanak di negara ini dikesan mengalami isu kesihatan mental dan menunjukkan trend meningkat sepanjang tahun lalu.


Menurut Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa, angka tersebut berdasarkan laporan National Health and Morbidity Survey (NHMS) yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).






“Trend ini dilihat agak semakin meningkat selepas daripada Covid-19 atau pasca Covid-19.


“KKM memang meneliti dan mengambil berat tentang perkara ini selain melakukan beberapa intervensi serta kerjasama dengan agensi lain khususnya berkaitan kanak-kanak termasuk Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).


“KKM juga mengambil pendekatan turun padang memberi pendedahan tentang kesihatan mental ini dan bagaimana pentingnya masyarakat perlu mengambil perhatian tentang kesihatan mental serta bekerjasama membantu mengatasi masalah ini,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Karnival Segamat Sihat sempena Hari Sukan Negara, Hari Kesihatan Mental Sedunia dan Kesedaran Kanser Peringkat Daerah Segamat di Dataran Segamat di sini hari ini.


Tambah Dr. Zaliha, antara faktor menyebabkan ramai kanak-kanak terjebak dengan isu kesihatan mental adalah disebabkan kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa atau penjaga.


“Pelbagai permasalahan kita telah diberitahu khususnya kanak-kanak yang duduk dalam keluarga B40 dengan emak dan ayah terpaksa keluar bekerja.


“Kebanyakan mereka ditinggalkan di rumah bersendirian atau menjaga adik-beradik yang lain.


“Terdapat juga faktor daripada sudut ke arah remaja seperti masalah perhubungan keluarga dan sebagainya,” katanya.




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2023 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiol juga perasan, sepertinya students SMK aiol kat sekolah baru ni seem ramai yang mentally ill but undiagnosed.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2023 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by green~tea at 14-10-2023 04:15 PM
dua_chzy replied at 14-10-2023 03:57 PM
Aiol juga perasan, sepertinya students SMK aiol kat sekolah baru ni seem ramai yang mentally ill but ...


Mcmana peel mereka yang cuolz dpt peratikan??

Betul ke punca sbb kalangan B40 yang kena jaga adik2, mak pak kuar keje..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2023 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 14-10-2023 08:00 AM
Mcmana peel mereka yang cuolz dpt peratikan??

Betul ke punca sbb kalangan B40 yang kena jaga adi ...

Kalau yang jantan, agresif (yang pelik/keterlaluan. Mungkin ni hada pengaruh pengambilan substance tapi tadak bukti).

Yang pompuan, ada 2 kes aiols rasa terpaling la pelik.

Kes 1: Girl A triggered bila dia cakap pasal gambar family dia (speaking activity). Tetiba dia nangis. Then aiols soh calm down, soh duduk. Then proceed aktiviti soh student lain lak bercakap Masalahnya lepas tu bila aiols panggil Girl A, dia tak menyahut. Pehtu dia sibuk bercakap sensorang. 3x aiols panggil nama dia, dia buat dek walaupun kawan2 lain dah nudge or bagitau dia cikgu panggil. So aiols biarkan aje la.

Kes 2: Ni masa mak pak jumpa cikgu untuk program Dialog Prestasi (cikgu bagi slip PBD ngan exam then bincang2 pasal anak). Girl B ni dari awal dia duduk dengan pak dia depan aiol, aiol dah rasa pelik sebab body language dia tak normal. Dia peluk tubuh erat2 pehtu mata kejap pejam kejap melilau sampai satu tahap tu aiols risau sebab anak mata hitam dah ke atas. Pehtu bapak dia lak duduk2 ja terus komplen anak dia pemalas kat rumah. Aiol kata memang ada masa dia malas buat kerja helok2 (tapi dia pandai). Pehtu aiols cerita dia pernah minta maaf sebab tak siap karangan (dia tulis kat buku). Then aiol tanya kenapa dia buat gitu. Pehtu dia terketar2 jawab masa tu dia memang takleh fikir apa idea nak tulis then tetiba dia nangis chuols! So aiol tenangkan pehtu soh bapa dia bawa pi luar la, cepat2 abiskan perbincangan. Tapi dari body language dia nampak macam dia takut pak dia. Aiol sampai syak kena abuse ke apa budak ni. Sebab kat kelas takda lak dia gitu...Tapi depan pak jadik sangat pelik. Pak dia all the time menten stoic. Anak nangis (anak pompuan tunggal kot...) pun dia biar je dia peluk tubuh je kat sebelah anak takda effort nak pujuk ka console budak tu.

Ni pengalaman baru bagi aiol. Sekolah lama dulu takda perangai gini seingat ai. Btw ni dua2 student Form 2. Dan iya, B40.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2023 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 14-10-2023 04:32 PM
Kalau yang jantan, agresif (yang pelik/keterlaluan. Mungkin ni hada pengaruh pengambilan substance ...

Mak pak camni tak patut membiak.. jangan beranak la kalo tak mampu jaga & besarkan... sakit ati baca
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2023 08:58 PM | Show all posts
faktor di rumah rasanya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2023 06:15 AM From the mobile phone | Show all posts
hmm.. i rasa fasa covid yg duduk kat rumah je manjang dulu mmg ade impak la kat anak2 terutama budak yg dtg dari keluarga yg toksik atau bermasalah. mcm ada masalah yg buat diorg trauma. tambah pulak mak ayah ramai yg stress n lepaskan kat anak2.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2023 06:41 AM From the mobile phone | Show all posts
18 bulan katup sempadan… tutup parlimen segala demi nak kekal berkuasa inilah domino effect nye..so?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2023 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 14-10-2023 04:32 PM
Kalau yang jantan, agresif (yang pelik/keterlaluan. Mungkin ni hada pengaruh pengambilan substance ...

Uols takde siasat ke apa yg terjadi kat umah budak tu? bila uols sebut dia duk peluk tubuh tu pun dah rasa lain.

Bapak plak aihh tipikal rentua zaman dulu plak jenis suka burukkan/aibkan anak depan org
Tolong ye iols tak suka tul kalau g umah org pastu si mak tu bila kita puji ank dia tiber dia pi ngata anak tu pemalas la bagai
Hello, toksah la aibkan anak ko depan org,biar jela tetamu nk puji pun.
Ko rasa segan nk terima ke apa diam sudah, tp jgn malukan ank ko depan org.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2023 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 15-10-2023 12:25 AM
Uols takde siasat ke apa yg terjadi kat umah budak tu? bila uols sebut dia duk peluk tubuh tu pun  ...

Belum berkesempatan nak sembang2. Memang tergerak hati nak siasat tapi nanti la, aiols nak buat keja subtly kot betul hapa aiol fikir. Girl B tu kat kelas suka tegur2 aiols, suka tanya2 soklan. Tu yang pelik depan bapa dia jadi lain macam. Sebelum tu (masa tunggu giliran dia sembang2 dengan klasmet) nampak ok ja.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2023 10:17 AM | Show all posts
manopBKK replied at 15-10-2023 06:41 AM
18 bulan katup sempadan… tutup parlimen segala demi nak kekal berkuasa inilah domino effect nye..so ...

mujur najib tarik balik sokongan aritu

kalau tak entah2 sampai sekarang masih lockdown
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2023 02:28 PM | Show all posts
Edited by balakkampung at 15-10-2023 02:31 PM

Tambah Dr. Zaliha, antara faktor menyebabkan ramai kanak-kanak terjebak dengan isu kesihatan mental adalah disebabkan kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa atau penjaga.

“Pelbagai permasalahan kita telah diberitahu khususnya kanak-kanak yang duduk dalam keluarga B40 dengan emak dan ayah terpaksa keluar bekerja.


mak pak dulu2 pon tinggal anak pi kebun getah gi sawah..yg sulung ambik tanggungjawab jaga adik2.elok jer membesar jadi orang berguna, siap kena rotan kaw2 lagi . aku rasa bebudak sekarang banyak yg manja. dah la pemalas bantu kerja2 rumah. 24 jam dgn henpon, klu kau rampas henpon dan2 tu la jadi mental.elok la PLKN tu di buat balik.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2023 02:51 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2023 02:51 PM | Show all posts
mana tak mentalnya budak zaman now... pagi sekolah petang sekolah malam kelas... bila nak mainnya??

parents pulak kerja dua2... bonding time sipi2 je...

inilah generasi yg korang dah cipta hasil program... dah besar baru nak fix? no uols dah silap besar...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2023 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
balakkampung replied at 15-10-2023 02:28 PM
Tambah Dr. Zaliha, antara faktor menyebabkan ramai kanak-kanak terjebak dengan isu kesihatan mental  ...

Akak jua macam nak setuju dengan chuols sis. Tapi akak ubah sikit part handphone soSIAL media tu sis. Akak pulak rasa so SIAL media yang maha SIAL tu la puncanya jua ummah jadi mentally ill dan lembik sis.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 01:08 PM | Show all posts
sel2 otak terbako sbb banyak screen time

pehtu mak pak pun tangan memasing berjahit telepon... bawak anak pi playground pun mata melekat kat henpon

kut hat bz tu, expect umah konoha  bibik friska jaga.. mana maunyaaaa

cash le
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2023 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 16-10-2023 01:31 PM
green~tea replied at 14-10-2023 07:14 PM
Mak pak camni tak patut membiak.. jangan beranak la kalo tak mampu jaga & besarkan... sakit ati ba ...


Kalau takda kondom...boleh cuba pakai plastik aiskrim malaysia tu.

Kalau tak mampu juga recycle jelah plastik aiskrim malaysia yang dah diminum anak tu...pastikan potong pada bahagian ikatan masa anak nak minum aiskrim tu....bahagian hujung bawah boleh mak ayah jadi kan kondom.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 01:43 PM | Show all posts
budak2 zmn skrg ni konfius dgn kehidupan realiti dan fantasi (internet) otak mereka tak mampu membezakan dan bergerak serentak utk stablize mentafsir pemahaman mereka. kehidupan kita dulu lebih byk realiti bermain dgn alam semulajadi budak skg? hmpir sepenuh masa main fon. kena rajin bagi dai buat keje kejap suh bukak pintu kejap suh dia tutup pintu kejap suh dia bukak pintu kejap suh dia tutup pintu supaya dia tak terlalu asik main fon.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.055101 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list