CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sissy Imann Sangkal Spekulasi Bercinta Dengan Naim Daniel

14-10-2023 11:18 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3577| Komen: 18

Selepas penyanyi Naim Daniel membuat pengakuan hatinya ditambat seorang wanita yang juga teman seperjuangan dalam industri hiburan, tiba-tiba timbul spekulasi individu yang dimaksudkan ialah Sissy Imann.

Dakwaan Naim dan Sissy berpacaran bagai diperkukuhkan selepas melihat keintiman mereka ketika bercuti di Bangkok, Thailand, bersama rakan artis, baru-baru ini.


Sissy menjelaskan biarpun hubungannya dengan Naim, 26, yang juga sepupunya, rapat, namun, ia tidak lebih daripada rakan seperjuangan selain ikatan persaudaraan.

"Awak rasa kami sedang bercintakah? Naim ada sebut nama saya ketika dia buat pengakuan itu? Kalau tidak, maknanya, bukan saya.


"Tetapi tidak dinafikan, Naim rapat dengan Sissy. Rapat dalam erti kata kami boleh kongsi apa sahaja seperti soal kerjaya. Ini termasuk masalah dan hal peribadi.


Biarpun menyangkal bercinta, namun, Sissy yang juga bekas pengacara Muzik Muzik terbitan TV3, bersikap realistik terhadap ketentuan takdir.



"Mungkin disebabkan Sissy dan Naim terlalu rapat, ramai buat andaian kami dilamun cinta.


"Malah, ada juga menyangka saya pengurus Naim apabila mereka hubungi saya bertanya jadual sepupu saya itu.


"Buat masa sekarang, hendak kata serius itu belum lagilah. Tetapi untuk masa akan datang, tak tahulah.


"Kalau ditakdirkan kami ada jodoh suatu hari nanti, saya tidak boleh hendak kata apa-apa... Itu semua kehendak Tuhan," ujarnya.



Sumber: BH Online? 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nebbit 14-10-2023 11:28 AM
Aik bukan naim speku dengan iman satu lagi ke? [em:24:]
Quote phiyya 14-10-2023 05:01 PM
Dengan sepupu pun boleh ye Sissy?
Quote Myeramie 14-10-2023 07:02 PM
Mcm mengiyakan je.
Quote Perawankota 14-10-2023 11:45 PM
Bkn dgn troye keee
Quote sayangselasih 15-10-2023 12:25 AM
ok kalau sissy dengan naim, meols loike..
Quote rayna_raynes 15-10-2023 12:33 AM

Bukan Troye dan bukan Sissy juga
Naim couple kali ni sorok2 sungguh. Kat IG pun dah tak like like.

Keluar dating pun jarang.


Quote naina 15-10-2023 01:37 AM
Gelinyaaaa sesama sepupu pun bolehhh
Btw bestnya zaman muda2 gather2 cmni dengan kawan2..seronokkkk!
Quote anony-mous 15-10-2023 05:32 AM
naina replied at 15-10-2023 01:37 AM
Gelinyaaaa sesama sepupu pun bolehhh
Btw bestnya zaman muda2 gather2 cmni dengan kawan2..seronokkkk! ...

Terus teringat influenza smemek kahwin dgn spupu bila baca komen u ni
Quote black_handbag 15-10-2023 11:30 AM
seronok tengok bebudak ni travel bersama. nampak satu kepala tu dan jenis kecoh je semua

tp sisi, ko selera ke nok dgn dik naem tu. pensil 2b je tu kalau acik tengok tu
Quote jemahjacjon 15-10-2023 12:30 PM
rayna_raynes replied at 15-10-2023 12:33 AM
Bukan Troye dan bukan Sissy juga
Naim couple kali ni sorok2 sungguh. Kat IG pun dah tak like like. ...

Spe uols? Confirm girl ke? Tgok gaya mcm patah riuk di dlm lemari je
Quote kucingsiti 15-10-2023 12:57 PM
black_handbag replied at 15-10-2023 11:30 AM
seronok tengok bebudak ni travel bersama. nampak satu kepala tu dan jenis kecoh je semua

tp sisi, k ...

gituuhhhhh komennn.. melihatkan susuknya yg halus kecik gitu kannn.. tapi kalau mengikut firasat acik.. apa kualiti pensel si aedy serap tu ye? kikiki
Quote sayangselasih 15-10-2023 01:05 PM
naina replied at 15-10-2023 01:37 AM
Gelinyaaaa sesama sepupu pun bolehhh
Btw bestnya zaman muda2 gather2 cmni dengan kawan2..seronokkkk! ...

Sepupu ni pun detect time dh besar panjang chuols. Bukan masa time kekecik main galah panjang, main kejo kejo sesama tu chuolss
Quote sayangselasih 15-10-2023 01:06 PM
jemahjacjon replied at 15-10-2023 12:30 PM
Spe uols? Confirm girl ke? Tgok gaya mcm patah riuk di dlm lemari je

Dulu heols penah bercinta kan dengan pelakon kanak kanak tp sheols pun dah kawin. Buat lagu sama sama time lagu sumpah katanyaa
Quote Suchi 15-10-2023 01:49 PM
Erk takkan dgn sepupu?

Iols jd teringat plak ngn pemeli whittaker ke atah yg pemeli incest paling pemes kat US tu
Akibat kawen sesama sendiri, depa alami kecacatan genetik rupa memasing pun dh mcm dlm pilem Wrong Turn tu.
Quote sukanyanyi 15-10-2023 02:08 PM
Suchi replied at 15-10-2023 01:49 PM
Erk takkan dgn sepupu?

Iols jd teringat plak ngn pemeli whittaker ke atah yg pemeli incest paling  ...

Kalo tak silap, mase nak fam duo taun lepas, ckp sepupu jauh camtu.. maksudnye bau2 bacang, bukan sepupu la.. mgkin dua ke tiga ke lima pupu kan..
Quote sukanyanyi 15-10-2023 02:27 PM
nebbit replied at 14-10-2023 11:28 AM
Aik bukan naim speku dengan iman satu lagi ke? [em:24:]

Kan. Pastu baru ni nampak ig post iman yg satu lagi tu pic ngn naim dgn caption emoji love. I terpikir dh declare kah akhirnya. Sb iman tu mcm dh single blk kn. Ke masih love abg adik, tak tahu laa
Quote nebbit 15-10-2023 05:45 PM
sukanyanyi replied at 15-10-2023 02:27 PM
Kan. Pastu baru ni nampak ig post iman yg satu lagi tu pic ngn naim dgn caption emoji love. I terp ...

Itulah. Sbb mmg dari dulu lg dua org ni mcm intim tp mcm x declare pape.
Quote prince_marhaen 16-10-2023 09:17 AM
PLOT TWIST: heols couple ngan afiq... rak industri jua kannn... ekekekekekekkeke

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 09:38 AM GMT+8 , Processed in 0.037180 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top