Pelakon, Wanna Ali sudah merancang untuk meninggalkan bidang seni dan fokus pada perniagaan selepas berkahwin dengan teman lelaki pada tahun hadapan. Pemilik nama sebenar, Nor Syazwana Mohd Ali, 26, itu berkata hasratnya itu bagaimanapun tidak kesampaian apabila hubungan mereka putus pada pertengahan tahun ini.
"Dia pun ada cakap, lepas kahwin tak nak saya aktif dalam industri dan saya pun okey dengan perkara itu. "Kami ada bincang mengenai perniagaan yang akan saya buat malah dia sendiri nak sediakan benda tu. Tapi, jodoh tak panjang," katanya. Wanna turut mendedahkan perpisahannya dengan bekas tan lelaki adalah disebabkan tidak ada lagi persefahaman antara mereka. Sumber: mStar |
ADVERTISEMENT