Jumlah pengikut Instagram Kylie Jenner berkurangan sebanyak satu juta selepas secara terbuka menunjukkan sokongan terhadap Israel yang sedang melancarkan perang terhadap Palestin. Meskipun kiraan pengikut Kylie hanya mengalami penurunan satu peratus, namun ia ketara iaitu daripada 400 juta kepada 399 juta pada petang Selasa lalu.
Sebelum ini, usahawan berusia 26 tahun itu bertindak mengulang siar hantaran Instagram pro rejim zionis itu yang memaparkan bendera Israel. Hantaran itu disertai dengan tulisan 'Now and Always, We Stand With the People of Israel' sebagai sokongan terhadap Israel. Bagaimanapun adik Kim Kardashian itu memadam hantaran tersebut selepas sejam ia dimuat naik susulan menerima ribuan kecaman daripada pengikutnya. Ramai meminta Kylie tidak ikut campur urusan berkaitan politik apatah lagi menunjukkan sokongan terhadap Israel tanpa mengetahui situasi sebenar. Malah ada memintanya membaca terlebih dahulu sejarah Palestin sebelum berpihak kepada Israel. Sumber: mStar
|
delia3003 replied at 14-10-2023 11:03 AM
Kimek, kakak dia tu pun sama, up status support yisrael
Meluat tengok trend retis2 Hollywood/wester ...
Kentot_Wangi replied at 14-10-2023 12:13 AM
Berani up.. Berani la hadapppp kecaman2 nya... Tp retis sana mmg x pelik pn klu sokong israel. Nt x ...
alesandra replied at 14-10-2023 12:22 PM
yg kelakar nyer menonong je up gamba pray for israel pelbagai tapi kantoi bimbo...gamba2 tu gamba ...
_blackbird replied at 15-10-2023 07:21 PM
tak gaduh ke diorg adik beradik half sister armenian dia?
alesandra replied at 14-10-2023 12:13 PM
boipren dia timothee tu kan jewish....
ADVERTISEMENT