CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Andy Lau Tetap Aktif Berlakon Walau Usia Dah 62 Tahun, Tak Terfikir Untuk Bersara

14-10-2023 08:18 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6213| Komen: 13

Description: Pelakon Andy Lau akan terus berlakon meskipun usianya sudah mencecah 62 tahun kerana enggan menunjukkan contoh tidak baik kepada golongan muda.Andy berkata, dia tidak selesa jika anak-anak melihat dia ...
Pelakon Andy Lau akan terus berlakon meskipun usianya sudah mencecah 62 tahun kerana enggan menunjukkan contoh tidak baik kepada golongan muda.

Andy berkata, dia tidak selesa jika anak-anak melihat dia hanya berehat di rumah dan tidak melakukan sebarang pekerjaan.



Kata Andy, tindakan seperti itu mungkin memberikan pengaruh negatif terhadap golongan muda yang mungkin akan terpengaruh dengan sikap ditunjukkan.

"Saya mempunyai anak dan jika mereka lihat saya hanya berbaring tanpa melakukan apa-apa, mereka mungkin tertanya-tanya dan ingin menjadi seperti saya.

"Ia contoh yang buruk kepada golongan muda," katanya.

Dalam pada itu, pelakon filem The Infernal Affairs ini juga memberitahu dia tidak hanya mengejar kejayaan untuk kepuasan sendiri namun ingin menjalani kehidupan lebih bermakna.

"Apabila bercakap mengenai kerjaya lakonan, saya tidak mencari kejayaan peribadi sebaliknya berharap untuk menjalani kehidupan yang lebih berharga," ujarnya.


Untuk rekod, Andy berkahwin dengan bekas model Malaysia iaitu Carol Chu pada 2008.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Hanna yang berusia 11 tahun.

Andy sebelum ini membintangi beberapa filem popular termasuk God of Gamblers, Cold, Running Out of Time dan Future Cops.

Sumber: mStar




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote borrow 14-10-2023 07:47 PM
wife heols lg lama tunggu dari waity katie hehe. Berbaloi jugaklah coz Andy setia. Kelebihan jd bapa time umur atok2 ni , semakin matang & angin pun dh kureng. Baguslah heols aim utk jd cth baik pd anak.
Quote sarah_ary2 15-10-2023 07:42 AM
Teringat hensem betul Andy dalam movie Needing You dgn Sammi Cheng, aiols mmg suka gila
gabungan dua org ni
Quote A-Are 16-10-2023 08:37 AM
sarah_ary2 replied at 15-10-2023 07:42 AM
Teringat hensem betul Andy dalam movie Needing You dgn Sammi Cheng, aiols mmg suka gila
gabungan dua ...

kan...suka giler sammi cheng dulo2
Quote sarah_ary2 16-10-2023 02:26 PM
A-Are replied at 16-10-2023 08:37 AM
kan...suka giler sammi cheng dulo2

Cantik kan dia, terletak muka dia tue pastue berlakon dalam movie romantic comedy pun jadi best sgt
Quote A-Are 16-10-2023 02:33 PM
sarah_ary2 replied at 16-10-2023 02:26 PM
Cantik kan dia, terletak muka dia tue  pastue berlakon dalam movie romantic comedy pun jadi b ...

haah, igt dulu2 kalau nk tgk cter cina bes TV2 hari sabtu malam, sammi cheng berlakon jd tkg jual gas kenal dgn lelaki kaya..apetah tajuknya..mengimbau sungguh
Quote iolss 16-10-2023 06:26 PM
andy lau..aaron kwok crush iols dolu2..kertu dah depa
para para sakura plg best zaman tu pd i..siap beli cd cetak rompak nk ulang2 tgk
Quote sarah_ary2 16-10-2023 07:02 PM
A-Are replied at 16-10-2023 02:33 PM
haah, igt dulu2 kalau nk tgk cter cina bes TV2 hari sabtu malam, sammi cheng berlakon jd tkg jual  ...

namanya Marry A rich Man tak salah dgn Richie Ren, femes jugak movie ni dulu, aiols suka movie HK dulu sebab banyak yg romantic comedy terutama kalau andy lau dgn aaron kwok juga ekin cheng hensem dorang ni
Quote A-Are 16-10-2023 07:42 PM
sarah_ary2 replied at 16-10-2023 07:02 PM
namanya Marry A rich Man tak salah dgn Richie Ren, femes jugak movie ni dulu, aiols suka movie HK  ...

dm ramai2 pelakon lelaki i olls plg suka ekin cheng tu..legend betol young n dangerous...
Quote penutupbotol 27-10-2023 03:37 PM
he still got the Looks
even dh age bertambah
Quote Page88 29-10-2023 02:11 AM
In today's economy he must keep working despite being rich.
Quote Yoonggi 1-11-2023 01:58 PM
Lama dah x tgk C-drama. Dulu kecik2 balik sekolah je ptg kol 6 ngadap ler tv tgk drama dorg. Yg plg recent tgk movie ada Tony Leung kt Disney hotstar tu. Masih hensem lg pakcik tu
Quote Cero8487 7-11-2023 06:38 PM
A-Are replied at 16-10-2023 07:42 PM
dm ramai2 pelakon lelaki i olls plg suka ekin cheng tu..legend betol young n dangerous...

Btl tu..sbb young and dangerous trus rasa nak ada bf yg mcm ekin cheng..hihi..
Quote Page88 8-12-2023 06:29 AM
Retire & do what???

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 08:14 AM GMT+8 , Processed in 0.047819 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top