Pelakon yang juga pempengaruh media sosial popular dan pemilik nama penuh, Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira mengakui bukan mudah baginya untuk kekal istiqamah dalam industri fesyen dan hiburan tanah air.
"Saya belum sempurna lagi pakai tudung dan doakan iman saya kuat untuk terus kekal istiqamah berhijab. "Ia memang cabaran bagi setiap selebriti untuk terus kekal istiqamah berhijab dan kita juga perlu perlu kuat pendirian serta berada dalam persekitaran orang yang baik-baik juga," katanya. Ditanya sama ada pernah terdetik di hatinya untuk menanggalkan hijab pula, kata Rose, dia sudah mengenakan tudung sejak berusia 15 tahun. "Saya tidak pernah terfikir untuk buka tudung kerana sudah memakainya dari zaman persekolahan sehinggalah terbabit dalam dunia 'modelling' dan lakonan. "Pada masa sama, saya sentiasa ingat pesanan emak supaya terus kekal pakai tudung sampai bila-bila pun walaupun kita belum sempurna lagi menutup aurat," katanya.
Mengulas tindakan ramai selebriti yang sudah menanggalkan hijab dan terbaru pelakon Mawar Rashid, kata Rose, dia tidak mahu menilai tindakan orang lain. "Berhijab ini sebenarnya adalah urusan peribadi kita dengan Allah S.W.T. "Pada pandangan saya, tidak semestinya mereka yang tidak berhijab itu tidak baik dan saya juga tidak mahu tanggung dosa orang lain dengan menilai mereka pula. "Setiap kali nampak rakan artis buka hijab, saya sentiasa berdoa dalam hati semoga terus ditingkatkan lagi iman," katanya. Sumber: Harian Metro
|
nolya replied at 13-10-2023 05:13 PM
Tak faham kenapa ada sebahagia artis dn selebriti mohon doa orang ramai utuk beristiqamah, berterus2 ...
ADVERTISEMENT