View: 10075|Reply: 10
|
Sharifah Rose Belum Pernah Terfikir Nak Buka Tudung, Mohon Doa Agar Terus Istiqamah
[Copy link]
|
|
Pelakon yang juga pempengaruh media sosial popular dan pemilik nama penuh, Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira mengakui bukan mudah baginya untuk kekal istiqamah dalam industri fesyen dan hiburan tanah air.
"Saya belum sempurna lagi pakai tudung dan doakan iman saya kuat untuk terus kekal istiqamah berhijab.
"Ia memang cabaran bagi setiap selebriti untuk terus kekal istiqamah berhijab dan kita juga perlu perlu kuat pendirian serta berada dalam persekitaran orang yang baik-baik juga," katanya.
Ditanya sama ada pernah terdetik di hatinya untuk menanggalkan hijab pula, kata Rose, dia sudah mengenakan tudung sejak berusia 15 tahun.
"Saya tidak pernah terfikir untuk buka tudung kerana sudah memakainya dari zaman persekolahan sehinggalah terbabit dalam dunia 'modelling' dan lakonan.
"ada masa sama, saya sentiasa ingat pesanan emak supaya terus kekal pakai tudung sampai bila-bila pun walaupun kita belum sempurna lagi menutup aurat," katanya.
Mengulas tindakan ramai selebriti yang sudah menanggalkan hijab dan terbaru pelakon Mawar Rashid, kata Rose, dia tidak mahu menilai tindakan orang lain.
"Berhijab ini sebenarnya adalah urusan peribadi kita dengan Allah S.W.T.
"ada pandangan saya, tidak semestinya mereka yang tidak berhijab itu tidak baik dan saya juga tidak mahu tanggung dosa orang lain dengan menilai mereka pula.
"Setiap kali nampak rakan artis buka hijab, saya sentiasa berdoa dalam hati semoga terus ditingkatkan lagi iman," katanya.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
yang kes dulu tu? dia kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Tak faham kenapa ada sebahagia artis dn selebriti mohon doa orang ramai utuk beristiqamah, berterus2an bila ingin taat kpd apa yg sudah sudah ditetap oleh hukum syarie. Eh, awak tu beragama ape shnga harus ada istilah 'istiqamah' untuk penuhi tuntutan menutup aurat. Kalau awak tu golongan muallaf, golongan yg baru nak bertatih2 dg hukum-hakam Islam, bolehlah diterima cakap2 mcm tu. Ini, golongan yg memang dilahirkan dlm Islam, makbapak Islam, tapi si anak harus minta doa orang ramai utuk jadi yg beristiqamah patuh kpd hukum Ilahi. It is actually atas kesedaran sendiri, apb yakin memegang 2kalimah syahadah, itulah senjata yg kukuh untuk beristiqamah. Kenapa nak minta doa orang ramai sedangkan hukum memang dimaklumi. |
|
|
|
|
|
|
|
aik bukan dh pernah buka ke dulu |
|
|
|
|
|
|
|
Sibuk ah Pah. Kita sibuk dgn isu2 lain.
Silakan kesenduan terus. |
|
|
|
|
|
|
|
poyo je, diam2 sudah la. Pernah je kan sheols kantoi bukak masa gi siam |
|
|
|
|
|
|
|
Baik ko pakai tudung bila.ko bukak muka ko otomaik jadi mcm si faiz roslan tu |
|
|
|
|
|
|
|
Tersungkur juga terbang tudung kt siam penangan anak tokkertu si azip tu. Ko pakai ke tak tetap marhaen kening elbulu |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni memang budak baik, tak problematic pun. Baru je kerja dengan dia for a project, very sweet natured budaknya. |
|
|
|
|
|
|
|
Iman kita kan turun naik. Ada masa kita rasa kita kuat, tapi sebenarnya kita cuma rasa riak sampai lupa Allah boleh bolak balikkan hati kita semudah 1 2 3
Lebih baik merendah diri dan berdoa agar terus diberikan hidayah dan rasa tawaduk untuk kekal menutup aurat, atau boleh menutup aurat dengan lebih baik, beribadah lebih sempurna.
IMO tak salah pun sesiapa mintak gitu. I pun selalu mintak org doakan yg baik-baik, doakan i kekal istiqamah. Sebab hati I kadang-kadang pun pernah terdetik rasa jealous tengok org free hair, rasa nak cantik-cantik, rasa nak bergaya tudung singkat macam org lain. Mintak je la, mintak doa yang baik-baik tu kan free
|
|
|
|
|
|
|
| |
|