CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PDRM Siasat Penglibatan Lelaki Malaysia Edar 662kg Dadah Di Australia

12-10-2023 10:32 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2646| Komen: 14

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama dengan Polis Persekutuan Australia (AFP) susulan penahanan seorang lelaki tempatan terbabit rampasan dadah seberat 662 Kilogram (kg) di Melbourne, Australia, baru-baru ini.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din berkata, kerjasama itu bertujuan untuk siasatan lanjut penemuan sejumlah besar dadah jenis methamphetamin itu.


“PDRM melalui JSJN kini sedang bekerjasama dengan pihak AFP bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.

“Segala tindakan akan diambil bagi memastikan kegiatan pengedaran atau penyeludupan dadah yang menjadi ancaman dapat dibanteras tanpa kompromi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, media antarabangsa melaporkan polis Australia menahan empat lelaki selepas 662 kilogram methamphetamine ditemukan disembunyi dalam bungkusan gulungan tisu tandas.


Agensi berita Jerman (dpa) melaporkan, Polis Pasukan Sempadan Australia berkata bungkusan itu baru tiba di Melbourne melalui kargo laut dari Malaysia 4 Oktober lalu.

Hasil pemeriksaan, polis menemukan 622 bungkusan teh emas dan hijau, dengan setiap satu seberat satu kilogram yang disembunyikan dalam palet kertas tandas.

Dadah yang dirampas itu dianggarkan hampir AU$560 juta (RM1.68 bilion).

Ekoran penemuan itu, dua warga China berusia 33 tahun, seorang warga Malaysia, 34, dan warga Hong Kong, 32, ditahan Rabu lalu.

Kesemua lelaki itu didakwa memiliki kuantiti komersial dadah terkawal yang membawa hukuman penjara maksimum seumur hidup.


Sumber: Kosmo! Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 12-10-2023 10:58 PM
Ya Allah...meols pulak menggigil dengan berat dadah tu.
Quote hareeeesah 12-10-2023 11:19 PM
What were they thinking? Yg dlm jubs pn depa bole tangkap ini kn plak terang-terangan byk ni
Quote syamzana 12-10-2023 11:25 PM

kuat tui makan dadah buat mcm mkanan ruji
Quote kelapaparut 12-10-2023 11:30 PM
yg kes mcm ni lah, sbbkan passport msia bakal di blacklist kat australia selain kes jd pati kutip buah, masuk scr haram xkluar. hanya sajat sorang je masuk scr halal ke australia, sheols xjual dadah tp jual buah dada.
Quote doubleA 13-10-2023 02:58 AM
Penjara jela seumur hidup, tu makannya. Senang pulak lepas dari malaysia siap belayar kantoi kat border oz. Hadap la kesalahan sendiri
Quote None68 13-10-2023 05:34 AM
Camne la boleh lepas dari Malaysia tu?
Quote ninja9 13-10-2023 06:03 AM
None68 replied at 13-10-2023 05:34 AM
Camne la boleh lepas dari Malaysia tu?

tambah soalan..

knp datang dari malayasia tu?
Kilang ada dimalaysia ker atau persinggahan?
Kalau betul kilang ada kenapa tak boleh detect oleh polis kita?
Kalatu kilang dimalaysia kenapa kita tak boleh detect pergerakan dadah besar-besaran?

Memang seorang ker yang terlibat sebab ianya melibatkan production tisu?
Kilang tisu mana yang terlibat?
Kilang tisu ini terlibat sama ker?
Adakah pegawai polis dan kawalan eksport tu terlibat sama?


Quote mejaputih 13-10-2023 07:29 AM
Agak2 operasi pengedar ni di malaysia ke sblm ni?
Quote otai_g 13-10-2023 07:53 AM
Nasib baik dkt Australia dpt la seumur hidup. Kalo kat msia blh kena gantung dah
Quote shamsadis 13-10-2023 08:17 AM
mesti mata sepet tu yang pelik, macam mana Kastam Malaysia dekat pelabuhan tak boleh detect?
Quote VespaSilbe 13-10-2023 08:24 AM
So..la.. ti.. do... dari port mana? [em:24:]
Quote edayildiz 13-10-2023 11:33 AM
ninja9 replied at 13-10-2023 06:03 AM
tambah soalan..

knp datang dari malayasia tu?

kamu nanya?
kartel dadah kt malaysia masuk dr sskjp gamaknya kot..belah thai sinun..
tokey tokey bsr xde kena tangkap..yg kena biasanya bdk suruhan
i speku jer ni haha
Quote venom1 13-10-2023 03:10 PM
Malaysia hanya jadi transit untuk rangkaian pengedaran dadah dunia.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.039215 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top