View: 2519|Reply: 13
|
PDRM Siasat Penglibatan Lelaki Malaysia Edar 662kg Dadah Di Australia
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama dengan Polis Persekutuan Australia (AFP) susulan penahanan seorang lelaki tempatan terbabit rampasan dadah seberat 662 Kilogram (kg) di Melbourne, Australia, baru-baru ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din berkata, kerjasama itu bertujuan untuk siasatan lanjut penemuan sejumlah besar dadah jenis methamphetamin itu.

“PDRM melalui JSJN kini sedang bekerjasama dengan pihak AFP bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.
“Segala tindakan akan diambil bagi memastikan kegiatan pengedaran atau penyeludupan dadah yang menjadi ancaman dapat dibanteras tanpa kompromi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, media antarabangsa melaporkan polis Australia menahan empat lelaki selepas 662 kilogram methamphetamine ditemukan disembunyi dalam bungkusan gulungan tisu tandas.
Agensi berita Jerman (dpa) melaporkan, Polis Pasukan Sempadan Australia berkata bungkusan itu baru tiba di Melbourne melalui kargo laut dari Malaysia 4 Oktober lalu.
Hasil pemeriksaan, polis menemukan 622 bungkusan teh emas dan hijau, dengan setiap satu seberat satu kilogram yang disembunyikan dalam palet kertas tandas.
Dadah yang dirampas itu dianggarkan hampir AU$560 juta (RM1.68 bilion).
Ekoran penemuan itu, dua warga China berusia 33 tahun, seorang warga Malaysia, 34, dan warga Hong Kong, 32, ditahan Rabu lalu.
Kesemua lelaki itu didakwa memiliki kuantiti komersial dadah terkawal yang membawa hukuman penjara maksimum seumur hidup.
Sumber: Kosmo! Online |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah...meols pulak menggigil dengan berat dadah tu. |
|
|
|
|
|
|
|
What were they thinking? Yg dlm jubs pn depa bole tangkap ini kn plak terang-terangan byk ni |
|
|
|
|
|
|
|
kuat tui makan dadah buat mcm mkanan ruji  |
|
|
|
|
|
|
|
yg kes mcm ni lah, sbbkan passport msia bakal di blacklist kat australia selain kes jd pati kutip buah, masuk scr haram xkluar. hanya sajat sorang je masuk scr halal ke australia, sheols xjual dadah tp jual buah dada. |
|
|
|
|
|
|
|
Penjara jela seumur hidup, tu makannya. Senang pulak lepas dari malaysia siap belayar kantoi kat border oz. Hadap la kesalahan sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Camne la boleh lepas dari Malaysia tu? |
|
|
|
|
|
|
|
tambah soalan..
knp datang dari malayasia tu?
Kilang ada dimalaysia ker atau persinggahan?
Kalau betul kilang ada kenapa tak boleh detect oleh polis kita?
Kalatu kilang dimalaysia kenapa kita tak boleh detect pergerakan dadah besar-besaran?
Memang seorang ker yang terlibat sebab ianya melibatkan production tisu?
Kilang tisu mana yang terlibat?
Kilang tisu ini terlibat sama ker?
Adakah pegawai polis dan kawalan eksport tu terlibat sama?
|
|
|
|
|
|
|
|
Agak2 operasi pengedar ni di malaysia ke sblm ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik dkt Australia dpt la seumur hidup. Kalo kat msia blh kena gantung dah |
|
|
|
|
|
|
|
mesti mata sepet tu yang pelik, macam mana Kastam Malaysia dekat pelabuhan tak boleh detect? |
|
|
|
|
|
|
|
So..la.. ti.. do... dari port mana? [em:24:]
|
|
|
|
|
|
|
|
ninja9 replied at 13-10-2023 06:03 AM
tambah soalan..
knp datang dari malayasia tu?
kamu nanya? 
kartel dadah kt malaysia masuk dr sskjp gamaknya kot..belah thai sinun..
tokey tokey bsr xde kena tangkap..yg kena biasanya bdk suruhan
i speku jer ni haha
|
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia hanya jadi transit untuk rangkaian pengedaran dadah dunia. |
|
|
|
|
|
|
| |
|