Pelakon dan pengacara Jada Pinkett Smith mendedahkan dia dan suami aktor Will Smith sudah berpisah sejak tahun 2016. Jada berkata, dia dan Will mendiamkan mengenai perkara itu selama tujuh tahun kerana belum bersedia bercakap mengenainya kepada umum.
"Kami masih cuba memikirkan bagaimana cara untuk berkongsi perkara ini (perpisahan)," katanya menerusi temu bual bersama Hoda Kotb dalam program Today Show. Dalam pada itu, Jada berkata, meskipun sudah terlalu lama tidak tinggal sebumbung namun mereka tidak mempunyai perancangan untuk memfailkan penceraian mereka secara sah. Perpisahan itu juga kata Jada tiada sebarang alasan tertentu. "Tidak akan ada sebab untuk kami bercerai," katanya. Untuk rekod, Jada dan Smith berkahwin sejak 1997 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Jaden Smith dan Willow Smith. Sumber: mStar
|
KamikuP replied at 12-10-2023 04:36 PM
Sia sia je Chris Rock kene sepak haritu ..huhuhuhuhu
KamikuP replied at 12-10-2023 04:36 PM
Sia sia je Chris Rock kene sepak haritu ..huhuhuhuhu
sambaldurian replied at 12-10-2023 08:14 PM
So acah2 hero la tampar chris rock. Wlupun gurauan chris rock tu sakit hati kt jada tp mcm aku x kes ...
ADVERTISEMENT