JAKARTA – Seorang wanita yang mengahwini abang iparnya selepas kakaknya meninggal menjadi perhatian baru-baru ini. Thaiger melaporkan, Rafida Sonia, 24, dari Depok, wilayah Jawa Barat mula mencuri perhatian ramai tahun lalu selepas dia berkongsi video majlis perkahwinan arwah kakaknya yang berlangsung pada 2014.
Dalam masa sama, dia memuat naik video majlis pertunangannya dengan lelaki sama iaitu abang iparnya sendiri. Menurut Rafida, kakaknya meninggal dunia selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga bersama abang iparnya yang kini merupakan suaminya. Arwah meninggalkan seorang anak. Bagi memastikan anak tersebut tidak berasa kekurangan kasih sayang seorang ibu, abang iparnya membuat keputusan mengahwini Rafida, memandangkan wanita tersebut mempunyai hubungan rapat dengan kanak-kanak itu. Kini, Rafida berkongsi kehidupan bahagia mereka setelah berumah tangga yang sekali lagi mendapat perhatian pengguna media sosial.
Dia berkongsi gambar-gambar yang menunjukkan kehidupannya sebagai seorang ibu dengan menjaga anak saudaranya yang kini anak tirinya. “Setiap kali kami merindui kakak, kami berdoa untuknya di mana-mana sahaja selain turut menziarahi kuburnya bersama-sama. “Gambar kakak turut diletakkan di rumah supaya anaknya sentiasa mengingati wajah ibunya,” kata Rafida. – CARI Sumber: mStar
|
Dysania@72 replied at 12-10-2023 03:42 PM
ni bukan common ke kat mesia?
esbok replied at 12-10-2023 03:33 PM
macam mana bole ada hati ke abang ipar sendiri tetiba
airfilterkotor replied at 12-10-2023 09:28 PM
Cuma yg anehnya, 2014 tu bergambar pegang bahu ipar sama mesra dgn bahu bini kat sebelah.
Boobs ipar ...
ADVERTISEMENT