Amir Syafiq mendakwa dia dan Syada Amzah yang mengambil tanggungjawab menjaga ibu mereka di rumah. Syafiq, 30, berkata, adik lelakinya iaitu Amir Syahir tiada fungsi malah mendakwa lebih banyak membuat hal sendiri.
Ketika kekecohan berkaitan isu menjual banglo yang diduduki mereka, Syahir hanya membatu tanpa berkata apa-apa mempertahankan ibu mereka. "Syahir ada dekat rumah tapi dia macam tiada fungsi. "Dia duduk dalam bilik sahaja buat hal dia. Itu adalah Shahir, dia tahu waktu makan, baru dia akan keluar bilik. "Syahir ada masa Shila maki mak tapi dia tak buat apa-apa. Bukan Shila sahaja maki tapi dengan pembantu peribadi dia sekali tengking mak... Tunding jari dekat mak saya dan Syahir diam sahaja. "Korang tiada di rumah, korang tidak berada dalam situasi kami, jadi jangan masuk campur," katanya menerusi Live.
Sementara itu, Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 33, pula menjelaskan Syahir adalah adik lelakinya yang sentiasa ada ketika dalam keadaan susah atau pun senang. Kata Shila, ketika ini Syahir sering mengikutnya ke mana sahaja dia pergi selain membantu menguruskan kariernya apabila dia mempunyai sebarang projek. "Syahir dulu pernah bekerja sebagai pembantu peribadi untuk sebuah syarikat sehinggalah dia berhenti kerja. "Sejak itu, dia banyak ikut saya lebih-lebih lagi bila saya ada kerja, dia memang akan ikut saya," katanya. Sebelum ini, Shila memberitahu dia memilih Syahir sebagai pasangan duet menerusi program Famili Duo kerana serasi dan mempunyai hubungan rapat dengan adiknya itu. Famili Duo musim ketiga bakal memperlihatkan enam pasangan duo berentap dan program itu bakal bersiaran pada 15 Oktober ini. Kekecohon hubungan adik-beradik ini bermula apabila Syada memaklumkan banglo yang didiami bersama keluarga bakal dijual tanpa pengetahuan mereka. Shila dalam kenyataan memaklumkan dia berhak menjual kediaman tersebut memandangkan banglo itu adalah di atas namanya. Jelas penyanyi itu dia mahu membeli rumah lain untuk ibunya dan tidak pernah timbul soal dia menghalau adik-beradiknya. -CARI Sumber: mStar
|
"Korang tiada di rumah, korang tidak berada dalam situasi kami, jadi jangan masuk campur," katanya menerusi Live.
ADVERTISEMENT