CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11917|Reply: 85

Amir Syahir Didakwa Adik Tiada Fungsi "Dia Ada Masa Shila Maki Mak Tapi Dia Tak Buat Apa-Apa"

[Copy link]
Post time 12-10-2023 01:25 PM | Show all posts |Read mode
Amir Syafiq mendakwa dia dan Syada Amzah yang mengambil tanggungjawab menjaga ibu mereka di rumah.


Syafiq, 30, berkata, adik lelakinya iaitu Amir Syahir tiada fungsi malah mendakwa lebih banyak membuat hal sendiri.


Ketika kekecohan berkaitan isu menjual banglo yang diduduki mereka, Syahir hanya membatu tanpa berkata apa-apa mempertahankan ibu mereka.


Foto: mStar




"Syahir ada dekat rumah tapi dia macam tiada fungsi.


"Dia duduk dalam bilik sahaja buat hal dia. Itu adalah Shahir, dia tahu waktu makan, baru dia akan keluar bilik.


"Syahir ada masa Shila maki mak tapi dia tak buat apa-apa. Bukan Shila sahaja maki tapi dengan pembantu peribadi dia sekali tengking mak... Tunding jari dekat mak saya dan Syahir diam sahaja.


"Korang tiada di rumah, korang tidak berada dalam situasi kami, jadi jangan masuk campur," katanya menerusi Live.




Foto: IG




Sementara itu, Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 33, pula menjelaskan Syahir adalah adik lelakinya yang sentiasa ada ketika dalam keadaan susah atau pun senang.


Kata Shila, ketika ini Syahir sering mengikutnya ke mana sahaja dia pergi selain membantu menguruskan kariernya apabila dia mempunyai sebarang projek.


"Syahir dulu pernah bekerja sebagai pembantu peribadi untuk sebuah syarikat sehinggalah dia berhenti kerja.


"Sejak itu, dia banyak ikut saya lebih-lebih lagi bila saya ada kerja, dia memang akan ikut saya," katanya.


Sebelum ini, Shila memberitahu dia memilih Syahir sebagai pasangan duet menerusi program Famili Duo kerana serasi dan mempunyai hubungan rapat dengan adiknya itu.


Famili Duo musim ketiga bakal memperlihatkan enam pasangan duo berentap dan program itu bakal bersiaran pada 15 Oktober ini.


Kekecohon hubungan adik-beradik ini bermula apabila Syada memaklumkan banglo yang didiami bersama keluarga bakal dijual tanpa pengetahuan mereka.


Shila dalam kenyataan memaklumkan dia berhak menjual kediaman tersebut memandangkan banglo itu adalah di atas namanya.


Jelas penyanyi itu dia mahu membeli rumah lain untuk ibunya dan tidak pernah timbul soal dia menghalau adik-beradiknya. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2023 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Bgusla atleast shila tu bkn lembek ckupla korg mempergunakn dia….
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2023 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
"Korang tiada di rumah, korang tidak berada dalam situasi kami, jadi jangan masuk campur," katanya menerusi Live.


Haha korang yg buka cerita rumahtangga sendiri, korang jugak yg merentan bila org komen
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2023 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tu engko buat apa..asyik mencari salah adik beradik ..diri sendiri tu berfunggsi ke tidak..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2023 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Sudah lah biawakssss KO main tarik2 nama adek lelaki KO pulak... KO jadi abang buat aper setakat sayang mak KO tapi tak Sama tanggung2 nafkah pun tak guna hanatssss!!!

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2023 01:42 PM | Show all posts
jgn masuk campur katanya. dia yang sibuk mencanang aib family, sapa plak hegeh nak masuk campoq hal hangpa adikberadik. kahkah. patutla xila kata depa bodo. syahir tu nampak sgt dia setuju dgn xila tapi malas nak cakap apa masih nak jaga hati depa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2023 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
So syafiq bewak versi dajjal.

Kalo syahir ni bewak versi muslimun?

Mmg sederet 3 adik adik dia ni smua x de keje ke? Senang ye goyang kaki dok umah besar.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2023 01:44 PM | Show all posts
dlm kalangan adikberadik pun ada biawak hidup.. yg perempuan tu tunggu org pinang dan kena tanggung ker.. dh besar pjg pgilah cari duit sendiri. aku rs better shilala ni fokus jaga mak die jer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2023 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko pun takda fungsi, as anak jantan sulung failed, as bapak kepada anak ko double failed
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2023 01:47 PM | Show all posts
diam la ko bewak.... x malu hutang pun akak ko bayokan, kawen pun akak ko bayokan, rumah yg ko duduk pun akak ko bayokan... apa je fungsi kau ???
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2023 01:52 PM | Show all posts
Udah² le tu... Tak payah nak petik nama adik beradik lain. Buktikan ko lelaki sejati yang bertanggungjawab, bukan setakat guna mulut membela mak, tapi guna otak & keringat gak. Cari rumah, bawa mak & adik pompuan ko tu tinggal sekali. Tanggung depa. Jangan lupa juga nafkah anak².
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2023 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
makin byk kau bukak mulut
makin terbukak aib kau
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2023 02:11 PM | Show all posts
kalau syafiq dgn syada ni adik  iols, dah lama iols lempang and out you go from my life.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2023 02:13 PM | Show all posts
Syahir ni lepas Shila cerai dan sebelum kahwin dengan Ubai memang dia yang bawak Shila ke mana-mana sebab Shila tak ada lesen dulu. Skrg dah ada lesen baru dia tak banyak keje, tp kalau ada event selain dari Aini memang Sha bawak Syahir.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2023 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Ehhhh geram pulak aku dgn mamat ni. Apa tiktok or ig dia? Nak hentam dia kat sana. Hahahhaa.

AA dah komen ke belum ya pasal isu ni. Nak tau juga apa yg dia nak laserkan
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2023 02:24 PM | Show all posts
syahir tahu mana yg betul dan tak, nanti dia backup shila , ko biawak hidup bising lak. better la dia diam. dia je tahu kakak dia mcm mana.. elehh biawak ko bukak mulut je dh tahu ko tu penipu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2023 02:29 PM | Show all posts
Lah dan dan nak petih nama adik pulak? Sukati je bagitau orang ramai adik tu useless la apa la. Awak tu berguna sangat ke? Macam2 dah keluar sekarang weiii takyah nak alih2 cerita ke adik pulak. Loser teruk dia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2023 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Amboi Sapik. Dengan adik 1 lagi pun ko burukkan eh. Budak tu diam tak berkutik pun ko sebattt jugak. Toxic gila dia ni. Pergi2la carik kerja hoi!
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2023 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
dia duduk dlm bilik sbb tak kuasa malas tgk perangai diva masing2 kot..bukan main abg bewak mengata adik bewak..toxic betul la korang bewak2 ni..nasib baik la shila dah kawin laki dia ada back up dia walaupun muda kalau tak lagi bewak toxic ni kerah duit cukup2
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2023 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Syahir tu ada otak kot.. dia rasa mmg provider tu sila.. n bkn di situasi yg maki keterlaluan jd dia pilih xnk cmpur.. atau dia taw mmg mak yg salah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:18 PM GMT+8 , Processed in 0.202374 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list