Seorang lelaki mendapati nasi ayam yang dibelinya ada helaian bulu pada daging ayam yang diletakkan sekali di dalam bungkusan bersama dengan nasi. "Hajat hati nak makan nasi ayam hainan Batu Burok hari ini. Sampai-sampai pukul 5 petang, dah tutup. Selang dua tiga kedai nampak banner nasi ayam... bungkus satu
"Tengah semangat buka, nampak macam ni ayamnya. Basuh tak ayam ni? Nampak banyak tu bulu, bukan seurat. Rezeki kucing lah ni," tulisnya dalam satu hantaran yang dikongsikan di laman Kuala Terengganu Residen. Dia juga memuat naik dua keping gambar, memaparkan nasi ayam yang dibeli daripada kedai tersebut untuk menyokong dakwaannya. Kelihatan beberapa urat bulu pada bahagian sayap ayam, menunjukkan ia tidak dicabut dan dibersihkan sebelum dimasak. Bagaimanapun lelaki tersebut tidak mendedahkan lokasi serta harga nasi ayam yang dibelinya itu.
Dia yang kecewa sempat menitipkan pesanan kepada para peniaga supaya tidak mengabaikan soal kebersihan ketika mengendalikan makanan yang ingin dijual. "Kepada orang yang berniaga, tolong jaga kebersihan. Nak jual, buat macam yang kita nak makan sendiri. Jangan buat macam ni, tak berkat rezeki," tulisnya lagi. Perkongsian lelaki tersebut mengundang perhatian netizen yang rata-ratanya turut berkongsi pengalaman hampir sama. "Pernah kena macam ni dulu. Apabila complaint dekat kedai tu, mulalah buat muka. Kita nak makan tak sedap, lepastu kata kita bising benda remeh. "Masa cuci, goreng, memotong dan masa membungkus... terlepas pandang belaka. Kalau ikutkan, waktu kendalikan ayam tu banyak step, boleh nampak kalau ada bulu. "Buat kerja cuai, tahu nak kaut untung je. "Kalau pengotor, pintu rezeki pun sempit," demikian antara komen netizen. -CARI Sumber: mStar
|
SalenaGomez replied at 12-10-2023 04:53 PM
Kalau concern betul2 pasal hygiene, better masak dr rumah dan bawa bekal kat ofis. Dah la murah lagi ...
SalenaGomez replied at 12-10-2023 04:53 PM
Kalau concern betul2 pasal hygiene, better masak dr rumah dan bawa bekal kat ofis. Dah la murah lagi ...
anony-mous replied at 13-10-2023 06:24 PM
Betul sgt. I kdg2 dpt ayam yg mmg byk bulu kat kepak , ada yg jenis payah nk tarik, kdg2 rasa bers ...
Skuau replied at 13-10-2023 06:51 PM
sapa peniaga...mesti berbulu dgr saranan ko ni...