CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Juruaudit Rugi Hampir RM1.49 Juta Terpedaya Pelaburan Kripto

12-10-2023 01:08 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1051| Komen: 7

Nibong Tebal: Akibat tertarik dengan iklan pelaburan mata wang kripto berpangkalan di New York, seorang juruaudit syarikat swasta di Sungai Bakap, di sini, kerugian hampir RM1.49 juta selepas diperdaya sindiket pelaburan tidak wujud.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Superintendan Ng Ah Thiam berkata, kejadian bermula 2 Mei lalu ketika wanita warga tempatan berusia 43 tahun itu melihat iklan pelaburan di Facebook (FB).


"Mangsa tertarik sehingga dia kemudian mengikuti pautan yang ada dalam iklan terbabit dan seterusnya mendapat penerangan mengenai pelaburan saham yang ditawarkan.

"Selepas selesai mendapat penerangan, mangsa menyertai pelaburan itu dan membuat beberapa transaksi pembayaran dengan jumlah keseluruhan hampir RM1.49 juta ke beberapa akaun bank yang diberikan sindiket terbabit.

"Bagaimanapun, sehingga kini dia gagal mengeluarkan keuntungan berserta modal yang dilaburkan, bahkan secara berterusan dipaksa menambah wang pelaburan," katanya dalam kenyataannya, hari ini.


Katanya, mangsa yang sedar dirinya terjerat dalam sindiket penipuan tampil membuat laporan polis kelmarin untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.


Sumber: Harian Metro




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 12-10-2023 07:10 AM
Wow umor 43 tahun dlm bnk 1.49juta? Senangnya duit keluar. Kdg tu la pentingnya keberkatan rezeki.
Quote Minami2013 12-10-2023 07:14 AM
Banyak nya saving dia.. berjuta juta umur baru 43. Keje pun auditor je.
Quote A-Are 12-10-2023 12:25 PM
Wow, banyak nya simpanan
Quote akusukaq 12-10-2023 06:26 PM
Duit pesaka kut
Quote ultra78 12-10-2023 06:51 PM
Kalau dia tertipu tahun 2019 boleh faham juga. Sekarang dah tahun 2023 la. Kalau sumbat RM1 juta dalam fixed deposit pun bodoh-bodoh dapat RM28k dalam setahun.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:23 PM GMT+8 , Processed in 0.180661 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top