Pelakon Julia Farhana Marin mendedahkan terdapat ramai kalangan bakat-bakat baharu yang pernah berdepan atau mengalami pengalaman buruk yang serupa atau bahkan mungkin lebih teruk lagi.
“Saya sudah saksikan sendiri ramai pelakon hadapi gangguan seksual tapi tidak berani bersuara agar tidak timbul apa-apa masalah. Ada yang ambil jarak dan abaikan sahaja. “Sayangnya, ada juga yang sertai sekali dan membuatkan kes ini terus terjadi,” katanya. Julia berkata demikian bagi mengulas mengenai isu gangguan seksual di kalangan bakat-bakat baharu yang berlaku di dalam industri seni tempatan. Dalam pada itu, Julia turut mendedahkan dia juga pernah menerima gangguan seksual secara lisan daripada seorang pengarah terkemuka semasa menjalani sesi uji bakat. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Julia berkata, dia bagaimanapun bersyukur kerana cepat menyedari perkara itu dan terus meninggalkan sesi tersebut serta merta. Sumber: Utusan
|
pocongkiutss replied at 22-10-2023 02:54 AM
Ingtkn thread anjing td..gambar sama
pocongkiutss replied at 22-10-2023 10:54 AM
Ingtkn thread anjing td..gambar sama
Hanzeviera replied at 23-10-2023 09:58 AM
Asam garam dunia hiburan. Nanti dah lama, nama dah suam suam kuku baru la nak meratib sexual harassm ...
ADVERTISEMENT