View: 1402|Reply: 10
|
Ramai Pelakon Kena Gangguan Seksual, Tak Berani Bersuara
[Copy link]
|
|
Pelakon Julia Farhana Marin mendedahkan terdapat ramai kalangan bakat-bakat baharu yang pernah berdepan atau mengalami pengalaman buruk yang serupa atau bahkan mungkin lebih teruk lagi.
“Saya sudah saksikan sendiri ramai pelakon hadapi gangguan seksual tapi tidak berani bersuara agar tidak timbul apa-apa masalah. Ada yang ambil jarak dan abaikan sahaja.
“Sayangnya, ada juga yang sertai sekali dan membuatkan kes ini terus terjadi,” katanya.
Julia berkata demikian bagi mengulas mengenai isu gangguan seksual di kalangan bakat-bakat baharu yang berlaku di dalam industri seni tempatan.
Dalam pada itu, Julia turut mendedahkan dia juga pernah menerima gangguan seksual secara lisan daripada seorang pengarah terkemuka semasa menjalani sesi uji bakat.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Julia berkata, dia bagaimanapun bersyukur kerana cepat menyedari perkara itu dan terus meninggalkan sesi tersebut serta merta.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
Tu yg makin menjadi2 tu benda mcm tu |
|
|
|
|
|
|
|
Ingtkn thread anjing td..gambar sama |
|
|
|
|
|
|
|
Sape Harvey Weinstein Malaysia? Spill je nama chuols. Usah dicover2 |
|
|
|
|
|
|
|
pocongkiutss replied at 22-10-2023 02:54 AM
Ingtkn thread anjing td..gambar sama
Forum cari sekarang memang caca merba.
Tajuk lain, tapi guna gambar sama.
Pasti, ada yang ceritanya sama, tapi benangnya ujud berpuluh-puluh. |
|
|
|
|
|
|
|
dulu ada citer, pelakon baru yg nak naik kena jumpa pengarah, kena layan la apa la.. pastu rasa abang si elfira loy tu kot penah cakap masa adik dia nak naik jadi pelakon, dia pantau dan jaga sebab dia tau kat luar sana ramai pengarah ni meratah yg baru2. sebab abang dia pun pengarah jugak kan.. ingat2 lupa plak |
|
|
|
|
|
|
|
Asam garam dunia hiburan. Nanti dah lama, nama dah suam suam kuku baru la nak meratib sexual harassment |
|
|
|
|
|
|
|
Dia dah kahwin dgn ex-lufya yg Dr. tu kan? Harapnye dah x membela la haha
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tgk dkt Hollywood tu, kalau yg sanggup tu, pasal nak dapatkan job tu so sanggupkan jgk la. tpi respect la dkt siapa yg berjaya elak, n berjaya.
|
|
|
|
|
|
|
|
ada tgk trailer drama siri kt astro mcm ada sentuh psl sexual harassment dlm dunia hiburan
isu yg rsnya x pnh tackle lg dlm drama kt msia
ke dh ada
oh ya...layar lara
antara ena manjalara dgn krew, daud
tp subplot je
ni cerita yg main plot dia psl isu ni
|
|
|
|
|
|
|
| |
|