Pelakon, Noorkhiriah bersyukur dikurniakan seorang suami yang mampu membimbing dirinya untuk menjadi insan yang lebih baik. Katanya, suami adalah sumber kekuatan dan semangatnya untuk berubah.
"Untuk berubah ke arah kebaikan, inilah penguat dan semangat saya. Berat tanggungjawabnya. "Jarang membantah apa yang baik asalkan kerja rumah siap, pastu silakan kalau nak ke majlis ilmu. Saya perlukan majlis ilmu, kalau tak, tepu dik. "Isteri cerminan suami... apakan daya isterinya masih huru-hara maka Allah hantarkan imam ini buat saya memperbetulkan jalan yang masih simpang-siur kadang jalan mati," tulisnya di IG. |
ADVERTISEMENT